Teleflex Arrow EZ-IO Instructions For Use Manual page 110

Power driver
Hide thumbs Also See for Arrow EZ-IO:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Jarak pemisahan yang disarankan di antara peralatan komunikasi RF
mudah alih dan bimbit dengan Pemacu Kuasa EZ-IO®
Pemacu Kuasa EZ-IO® hendaklah digunakan dalam persekitaran elektromagnet yang dikawal gangguannya
daripada RF terpancar. Pelanggan atau pengguna Pemacu Kuasa EZ-IO® dapat mencegah gangguan
elektromagnet dengan memastikan ada jarak minimum antara peralatan komunikasi RF mudah ahli dan
bimbit (pemancar) dengan Pemacu Kuasa EZ-IO® yang disarankan di bawah ini, mengikut kuasa output
maksimum peralatan komunikasi tersebut.
Jarak pemisahan menurut frekuensi pemancar, m
Kuasa output
maksimum berkadar
150 kHz hingga 80 MHz
bagi pemancar
d = 3,5
P
W
V
1
0,01
0,12
0,1
0,38
1
1,2
10
3,8
100
12
Untuk pemancar yang dikadarkan pada kuasa keluaran maksimum yang tidak disenaraikan di atas,
jarak pemisahan yang disarankan d dalam ukuran meter (m) boleh dianggarkan dengan menggunakan
persamaan bagi frekuensi untuk pemancar tersebut; iaitu P ialah perkadaran kuasa output maksimum
pemancar dalam kiraan watt (W) menurut pengilang pemancar.
CATATAN 1 Pada 80 MHz dan 800 MHz, jarak pemisahan bagi julat frekuensi yang lebih tinggi hendaklah dipakai.
CATATAN 2 Garis panduan ini mungkin tidak boleh diikuti dalam setiap situasi. Perambatan elektromagnet
dipengaruhi penyerapan dan pantulan oleh binaan, objek dan manusia.
• Peralatan elektrik perubatan memerlukan langkah-langkah berwaspada khas bagi EMC dan
perlu dipasang dan digunakan menurut maklumat EMC yang diberikan di dalam manual ini.
• Peralatan komunikasi RF mudah alih yang digunakan hendaklah dijarakkan sekurang-kurangnya
30cm (12 inci) daripada mana-mana bahagian Pemacu Kuasa EZ-IO® termasuk kabel yang
dinyatakan oleh pengilang. Jika tidak, kemerosotan prestasi peralatan mungkin boleh berlaku.
• Penggunaan aksesori, transduser dan kabel selain yang dinyatakan oleh pengilang, boleh
meningkatkan pancaran atau menurunkan kekalisan Pemacu Kuasa EZ-IO®.
• Pemacu Kuasa EZ-IO® harus diperhatikan untuk mengesahkan pengendalian normal dalam
tata rajah yang akan digunakan.
• Pemacu Kuasa EZ-IO® direka dan diuji untuk berjalan secara terputus-putus dengan kitaran
tugas 10 saat hidup dan 1 minit mati bagi 5 kitaran berturut-turut. Benarkan tempoh
menyejuk selama 1 jam.
• Syarat Persekitaran untuk Penggunaan: -20° hingga + 40°C; Kelembapan Relatif 0 hingga 90%.
Pengelasan Peralatan
Jenis perlindungan terhadap kejutan elektrik
Tahap perlindungan terhadap kejutan elektrik
Tahap perlindungan daripada kemasukan
air dan zarahan
Tahap keselamatan atau penggunaan dengan
kehadiran campuran anestetik mudah bakar
80 MHz hingga 800 MHz
800 MHz hingga 2,5 GHz
d = 3,5
P
d = 7
P
E
E
1
1
0,12
0,23
0,38
0,73
1,2
2,3
3,8
7,3
12
23
Tidak berkenaan – peralatan berkuasa dalaman
Bahagian gunaan jenis BF
IP33
Peralatan tidak sesuai digunakan dengan
kehadiran campuran anestetik mudah bakar
bersama udara ataupun bersama oksigen atau
nitrus oksida.
MAKLUMAT TENTANG WARANTI
WARANTI TERSURAT TERHAD TELEFLEX DAN PENAFIAN
Teleflex memberikan jaminan kepada pengguna akhir Produk ini yang asal sahaja ("Pengguna Akhir") bahawa
sepanjang Tempoh Waranti yang berkenaan: (a) Produk perkakasan akan mematuhi spesifikasi produk Teleflex yang
bertulis bagi Produk sedemikian dari setiap sudut penting (i) selama satu tahun selepas dihantar kepada Pengguna
Akhir, ataupun jika lebih awal, (ii) sehingga mencapai sekian bilangan penggunaan Produk perkakasan itu yang
dinyatakan oleh Teleflex dalam spesifikasi produk yang bertulis, dan (b) Produk pakai buang akan mematuhi
spesifikasi produk Teleflex yang bertulis bagi Produk sedemikian dari setiap sudut penting sehingga tarikh tamat
tempoh yang ditetapkan bagi Produk pakai buang seumpamanya (semuanya dirujuk bersama sebagai
"Tempoh Waranti"), kecuali Produk disalahgunakan secara fizikal, disilapgunakan, digunakan secara luar biasa,
tidak digunakan selaras dengan perintah dan arahan penggunaan Teleflex, dilibatkan dengan penipuan, diusik,
dikenakan tekanan fizikal yang luar biasa, digunakan dengan cuai, atau terlibat dalam kemalangan ("Waranti
Tersurat"). Teleflex tidak menjamin bahawa operasi Produk perkakasan tidak akan tergendala ataupun akan bebas
daripada ralat. Teleflex akan, atas budi bicaranya, membaiki Produk, menggantikannya, atau membayar balik harga
beliannya kepada Pengguna Akhir jika Produk itu ditentukan oleh Teleflex sebagai tidak mematuhi spesifikasi
("Remedi"), dengan syarat Pengguna Akhir memulangkan Produk yang tidak mematuhi spesifikasi itu kepada
Teleflex dalam Tempoh Warantinya, atas tanggungan Pengguna Akhir dan memberikan notis bertulis dengan segera
terlebih dahulu kepada Teleflex supaya Teleflex boleh mengeluarkan nombor Kebenaran Bahan Yang Dipulangkan
("RMA"). Produk yang dihantar kepada Teleflex untuk digantikan atas waranti tanpa nombor RMA yang sah tertera
pada sebelah luar bekas penghantaran boleh, atas budi bicara Teleflex, dipulangkan kepada Pengguna Akhir atas
tanggungan Pengguna Akhir. Semua Produk yang dipulangkan kerana tidak mematuhi spesifikasi akan menjadi
milik Teleflex. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Teleflex boleh membaiki ataupun menggantikan
Produk perkakasan yang tidak mematuhi spesifikasi (a) dengan Produk atau bahagian Produk yang baru ataupun
yang terpakai tetapi yang setaraf dengan yang baru dari segi prestasi dan mutu, ataupun (b) dengan Produk lain
yang setaraf dengan Produk asli yang tidak lagi dikeluarkan. Produk ganti (ataupun mana-mana bahagiannya)
diberi waranti selama baki Tempoh Waranti bagi Produk yang digantikannya. REMEDI YANG DITERANGKAN INI
AKAN MENJADI REMEDI YANG TUNGGAL DAN EKSKLUSIF BAGI PENGGUNA AKHIR BAGI KEGAGALAN PRODUK
MEMATUHI WARANTI YANG TERSURAT. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN,
WARANTI TERSURAT INI ADALAH WARANTI YANG TUNGGAL DAN EKSKLUSIF, DAN MENGGANTIKAN SEMUA WARANTI
LAIN, SAMA ADA YANG TERSURAT, TERSIRAT, ATAUPUN BERKANUN, YANG MERANGKUMI TETAPI TIDAK TERBATAS
KEPADA WARANTI TERSIRAT TENTANG KEBOLEHDAGANGAN, KETIDAKLANGGARAN, KESERASIAN DENGAN TUJUAN
YANG TERTENTU, MUTU YANG MEMUASKAN, ATAU KESESUAIAN. JIKA PENAFIAN MANA-MANA WARANTI TERSIRAT
TIDAK DIBENARKAN MENURUT UNDANG-UNDANG YANG DIPAKAI, WARANTI TERSURAT SEDEMIKIAN TERHAD KEPADA
SEMBILAN PULUH (90) HARI DARI TARIKH PEMBELIAN YANG ASAL. SELAIN WARANTI TERSURAT INI, PRODUK
DISEDIAKAN "SEADANYA" DAN DIREKA SEMATA-MATA UNTUK KEGUNAAN KAKITANGAN KESIHATAN YANG
BERTAULIAH, DENGAN MENGGUNAKAN PERTIMBANGAN PERUBATAN YANG BERPATUTAN DALAM SITUASI YANG
PERLU DARI SEGI PERUBATAN. TELEFLEX MENAFIKAN SEGALA LIABILITI TERHADAP PRODUK INI YANG TIMBUL
DARIPADA PENGGUNAANNYA YANG TIDAK SELARAS DENGAN PERINTAH DAN ARAHAN PENGGUNAAN YANG
DITERBITKAN OLEH TELEFLEX. TELEFLEX TIDAK BERTANGGUNGAN TERHADAP PENGGUNA AKHIR, MANA-MANA
PELANGGAN, ATAU MANA-MANA PIHAK KETIGA YANG LAIN ("PENUNTUT") DALAM APA KEADAAN, PUN, DENGAN
APA CARA PUN, BAGI APA-APA JENIS KEROSAKAN KHAS, TIDAK BERPAMPASAN, LANJUTAN, TIDAK LANGSUNG,
SAMPINGAN, BERKANUN, ATAU PUNITIF, SAMA ADA YANG TIMBUL DI BAWAH UNDANG-UNDANG KONTRAK ATAU
TORT (TERMASUKLAH KECUAIAN DAN LIABILITI PRODUK YANG TEGAS), TANPA MENGIRA BENTUK TINDAKAN
UNDANG-UNDANG WALAUPUN TELEFLEX SUDAH PUN TAHU TENTANG KEMUNGKINAN BERLAKUNYA KEROSAKAN
SEDEMIKIAN. JUMLAH LIABILITI AGREGAT TELEFLEX BERHUBUNG DENGAN PEMBELIAN ATAU PENGGUNAAN PRODUK
TIDAK BOLEH MELEBIHI HASIL TAMBAH AMAUN YANG DIBAYAR OLEH PENUNTUT KEPADA TELEFLEX DAM TEMPOH
DUA BELAS (12) BULAN SEJURUS SEBELUM TARIKH KEJADIAN YANG MENIMBULKAN TUNTUTAN TERHADAP TELEFLEX ITU.
EZ-IO
INTRAOSSEOUS VASCULAR ACCESS

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Related Products for Teleflex Arrow EZ-IO

Table of Contents