Teleflex Arrow EZ-IO Instructions For Use Manual page 108

Power driver
Hide thumbs Also See for Arrow EZ-IO:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
EZ-IO
MAKLUMAT TENTANG PRODUK
INTRAOSSEOUS VASCULAR ACCESS
MAKLUMAT TENTANG PRODUK
KETERANGAN:
• Pemacu Kuasa EZ-IO® adalah alat
perubatan pegangan tangan berkuasa
bateri litium yang dikedap.
MAKLUMAT TENTANG PRODUK:
• Nombor Rujukan Pemacu: 9040 (Taktikal); 9058 (Awam).
• Bahagian Yang Digunakan: Jarum Kemasukan Vaskular
Dalam Tulang EZ-IO® – 15 mm; 25 mm; 45 mm.
MAKLUMAT TENTANG KESELAMATAN:
• Kegunaan, larangan, amaran, langkah berwaspada, dan maklumat lain tentang
keselamatan ada dalam Arahan Penggunaan Sistem Kemasukan Vaskular Dalam Tulang EZ-IO®.
• Rujuk Arahan Penggunaan Sistem Kemasukan Vaskular Dalam Tulang EZ-IO® sebelum
menggunakannya. Jika ada soalan atau jika helaian maklumat ini hilang, hubungi wakil
jualan Teleflex di kawasan anda dengan segera.
• Maklumat tambahan tentang produk ini boleh didapati di ArrowEZIO.com.
• Jika pemacu gagal berfungsi (kemungkinannya sangat rendah), tanggalkan Pemacu Kuasa
EZ-IO®, pegang set jarum dengan tangan dan tolak set jarum ke dalam ruang medula
sambil memutarkan set jarum. Seperti sebarang alat perubatan kecemasan, membawa alat
sandaran adalah protokol yang amat disyorkan.
MAKLUMAT PENTING UNTUK PENGGUNA:
Syarat-syarat yang berikut disyorkan supaya produk Sistem Kemasukan Vaskular Dalam Tulang
EZ-IO® dapat berfungsi dengan betul. Kegagalan mematuhi syarat ini akan membatalkan
warantinya.
• Gunakan produk ini menurut panduan ini dan label produk yang berkenaan sahaja.
• Pelarasan, pengubahsuaian, penyelenggaraan teknikal atau pembaikan tidak dibenarkan.
• Jangan sambungkan produk ini atau komponennya dengan produk yang tidak disyorkan
oleh Teleflex.
• Gunakan hanya set jarum Kemasukan Vaskular Dalam Tulang EZ-IO® sahaja bersama
produk ini.
• Periksa pemacu secara visual untuk mengesan retakan atau bucu yang tajam sebelum
digunakan.
• Berhati-hatilah supaya cecair tidak tertumpah pada mana-mana bahagian produk ini.
• Jangan gunakan pencuci yang menggabungkan sebatian ammonium kuaterner dengan
Etanol (iaitu, CaviWipes1™ dan Pengelap Pakai Buang Germisid Sani-Cloth® Prime).
• Jangan gunakan tenaga berlebihan semasa memasukkannya. Biar Pemacu Kuasa EZ-IO®
lakukan tugasnya.
• Hanya bahan kimia dalam jadual disahkan untuk digunakan bersama Pemacu Kuasa EZ-IO.
PENYIMPANAN:
• Pemacu Kuasa EZ-IO® dan aksesori boleh disimpan pada suhu antara -20°C hingga 50°C
(-4°F hingga 122°F) dan pada kelembapan relatif tidak meluwap sehingga 90%.
• Pemacu ini dan baterinya mempunyai hayat simpanan selama 10 tahun.
• Hayat pengendalian/kegunaan pemacu ini adalah kira-kira 500 sisipan. Bagaimanapun, angka
ini mungkin berubah kerana jangka hayat bergantung pada penggunaan sebenar (ketumpatan
tulang dan tempoh sisipan), keadaan penyimpanan dan kekerapan melakukan ujian.
• Apabila menyimpan Pek Kemasukan Vaskular (VAP), tanggalkan pengadang picu supaya
Pemacu Kuasa EZ-IO® tidak diaktifkan secara tidak sengaja.
JASAD
Aci
Penunjuk
Bateri
Pemacu
PICU
BATERI
LITIUM
TERKEDAP
Titik
Pemasangan
Lanyard
MAKLUMAT TENTANG BATERI:
• Pemacu dikedap dan tidak sepatutnya dibuka.
• Bateri tidak boleh digantikan.
PENUNJUK DAN AMARAN:
• LED Pemacu Kuasa EZ-IO® menyala dengan cahaya hijau tidak berkelip apabila picu diaktifkan
dan ada kuasa yang mencukupi.
• LED Pemacu Kuasa EZ-IO® menyala dengan cahaya merah berkelip-kelip apabila picu diaktifkan
dan hayat bateri tinggal kurang daripada 10%. Beli dan gantikan Pemacu Kuasa EZ-IO®.
• LED Pemacu Kuasa EZ-IO® tidak akan menyala ataupun akan menyala sebentar apabila bateri
sudah sampai hujung hayat. Gunakan pemacu sandaran atau kaedah penyisipan manual.
PENJAGAAN DAN PEMBERSIHAN:
Ikuti dasar hospital/institusi bagi pengendalian alat tercemar semasa membersihkan Pemacu
Kuasa EZ-IO®.
Jangan rendam Pemacu Kuasa EZ-IO® atau gunakan cecair yang berlebihan semasa
membersihkannya.
1. Lap permukaan Pemacu Kuasa EZ-IO® dan lanyard (jika ada) menggunakan kain atau
pengelap yang dibasahkan dengan larutan pencuci yang dikenal pasti dalam jadual di bawah
untuk membuang semua kotoran yang dapat dilihat.
2. Setelah kotoran yang dapat dilihat dibuang, gunakan kain atau pengelap tambahan yang
dibasahkan dengan larutan pencuci yang dipilih dan biarkan pencuci tersebut pada Pemacu
Kuasa EZ-IO® menurut saranan pengilang pelarut pencuci.
3. Biarkan kering dengan udara.
Jenis Agen
Bahan Aktif
Pencuci
Hipoklorit
Natrium Hipoklorit: 0,39% - 0,91%
(Peluntur)
Sebatian
n-Alkil Dimetil Benzil Ammonium
ammonium
Klorida: 0,25%, n-Alkil Dimetil Etilbenzil
kuaterner tanpa
Ammonium Klorida: 0,25%
alkohol (Quat)
n-Alkil Dimetil Benzil Ammonium Klorida:
0,125% - 0,25%, n-Alkil Dimetil Etilbenzil
Alkohol/Quat
Ammonium Klorida: 0,125% - 0,25%,
Isopropanol: 10,00% - 55,00%
Diisobutilfenoksi-etoksetil dimetil benzil
Alkohol/Quat
ammonium klorida: 0,28%, Isopropanol:
17,20%
EZ-IO
INTRAOSSEOUS VASCULAR ACCESS
Contoh Jenama Biasa
CaviWipes™ Bleach, Clorox
Healthcare® Bleach, Clorox
Healthcare® Fuzion®,
Dispatch®, Sani-Cloth® Bleach
Clorox Healthcare® VersaSure®,
Clorox Healthcare®
Disinfecting, Sani-Cloth® AF3
Clorox Healthcare® Multi-
Surface, Sani-Cloth® Plus,
Super Sani-Cloth®
CaviWipes™, CaviCide™

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Related Products for Teleflex Arrow EZ-IO

Table of Contents