Amaran - Sharp R-899R Operation Manual

Double grill convection microwave oven
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 4

AMARAN

ARAHAN KESELAMATAN ADALAH PENTING: BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN UNTUK RUJU KAN.
1. Untuk mengurangkan risiko kebakaran di dalam ketuhar:
a. Jangan memasak makanan terlalu lama.
b. Tanggalkan dawai ikat-pintal dari beg kertas atau plastik sebelum meletakkan beg ke dalam ketuhar.
c. Jangan panaskan minyak atau lemak untuk menggoreng. Suhu minyak tidak dapat dikawal.
d. Periksa ketuhar dari semasa ke semasa ketika makanan dipanaskan dalam bekas pakai buang yang diperbuat
daripada plastik, kertas atau lain-lain bahan mudah terbakar untuk tanda-tanda asap atau kebakaran.
e. Jika bahan di dalam ketuhar terbakar, atau terdapat asap, biarkan pintu ketuhar tertutup, matikan ketuhar,
dan cabut palam kuasa, atau tutup kuasa pada panel fi us atau pemutus litar.
f. Selepas digunakan, lap penutup pandu gelombang dengan kain yang lembap, diikuti dengan kain kering untuk
menanggalkan sebarang kesan limpahan makanan dan minyak. Minyak yang berlapisan mungkin akan menjadi
panas dan berasap atau menyebabkan kebakaran.
2. Untuk mengurangkan risiko letupan atau didih letus lambat semasa menggunakan bekas.
Ketuhar gelombang mikro anda boleh memanaskan makanan dan minuman dengan cepat, maka amat penting
bagi anda memilih tempoh memasak dan aras kuasa yang sesuai untuk jenis dan kuantiti makanan yang akan dipanaskan.
Jika anda tidak pasti tempoh memasak dan aras kuasa yang diperlukan, mula dengan tempoh memasak dan aras
kuasa yang rendah sehingga makanan panas sama rata sepenuhnya.
Tambahan:
a. Jangan letakkan bekas terkedap di dalam ketuhar. Botol bayi yang terpasang tutup skru atau puting dianggap
bekas terkedap.
b. Jangan gunakan untuk tempoh masa yang terlalu lama.
c. Semasa mendidihkan cecair di dalam ketuhar gunakan bekas yang bermulut lebar.
d. Biarkan sekurang-kurangnya 20 saat setelah habis memasak untuk mengelakkan didih letus lambat cecair.
e. Kacau cecair sebelum dan semasa memasak. Berhati-hati semasa memegang bekas atau memasukkan sudu
atau lain-lain perkakas ke dalam bekas.
3. Ketuhar ini adalah untuk penyediaan makanan di rumah sahaja dan harus digunakan hanya untuk memanaskan,
memasak dan mencair bekukan makanan dan minuman.
Ia tidak sesuai untuk kegunaan komersial, makmal, atau memanaskan peranti terapeutik spt. beg Gandum.
4. Jangan sekali-kali menggunakan ketuhar semasa terdapat objek yang tersangkut atau tersekat di antara pintu dan ketuhar.
5. Jangan cuba untuk melaraskan atau membaiki ketuhar ini sendiri.
Servis atau kendalian pembaikan yang dilakukan oleh sesiapa selain daripada juruteknik servis berkelayakan yang
dilatih oleh SHARP adalah sangat berbahaya. Terutama jika ia melibatkan penanggalan penutup yang memberi
perlindungan daripada dedahan tenaga gelombang mikro yang sangat berbahaya.
6. Jangan gunakan ketuhar jika ia tidak berfungsi dengan betul atau rosak sehingga ia telah dibaiki oleh juruteknik
servis berkelayakan yang dilatih oleh SHARP. Adalah amat penting memastikan pintu ketuhar tertutup dengan
betul dan tiada kerosakan pada:
(1) Pintu (meleding), (2) Engsel dan Selak (patah atau longgar), (3) Kedap Pintu, Permukaan Kedap dan rongga ketuhar
(herot atau rosak), (4) Tanda terbakar pada muka kedap pintu.
7. Kendali dengan cermat semasa mengalih barangan daripada ketuhar supaya perkakas, pakaian atau aksesori anda
tidak menyentuh selak pintu keselamatan.
8. Jangan merodok sesuatu objek, terutamanya objek daripada logam, melalui gril atau di antara pintu dan ketuhar semasa
ketuhar sedang digunakan.
9. Jangan membega atau menyahaktifkan selak keselamatan pintu.
10. Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar untuk mengelakkan melecur semasa mengendalikan perkakas yang
bersentuh dengan makanan panas. Haba yang secukupnya daripada makanan boleh dipindahkan melalui perkakas
untuk menyebabkan kulit melecur.
11. Sekiranya kord bekalan kuasa rosak, ia mesti diganti dengan kord khas yang dibekalkan oleh PUSAT SERVIS YANG
DIPERAKUI OLEH SHARP. Dan ia mesti diganti oleh juruteknik servis berkelayakan yang dilatih oleh SHARP untuk
mengelakkan bahaya.
12. Jika lampu ketuhar tidak berfungsi sila rujuk kepada penjual anda atau juruteknik servis berkelayakan yang dilatih
oleh SHARP.
13. Elakkan daripada melecur terkena wap dengan menghalakan wap jauh dari muka dan tangan.
Secara perlahan-lahan, angkat sisi yang paling jauh penutup bekas dari anda termasuk pembungkus plastik
gelombang mikro dll. , dan buka bertih jagung dan beg memasak ketuhar dengan berhati-hati jauh daripada muka.
14. Pastikan kord bekalan kuasa tidak rosak, dan ia tidak berada di bawah ketuhar atau di atas sebarang permukaan
yang panas atau sisi yang tajam.
15. Untuk mengelakkan pinggan putar daripada pecah:
a.
Sebelum membersihkan pinggan putar dengan air, biarkan ia sejuk dahulu.
b.
Jangan letakkan objek yang panas di atas pinggan putar yang sejuk.
c.
Jangan letakkan objek yang sejuk pada pinggan putar yang panas.
16. Jangan letakkan sebarang objek di atas kabinet luar kerana ketuhar gelombang mikro akan menjadi sangat panas ketika digunakan.
17. Jangan simpan makanan atau apa-apa barang dalam ketuhar.
18. Pastikan perkakas tidak menyentuh bahagian dalam dinding ketuhar semasa memasak.
19. Perkakas ini bukan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fi zikal, deria atau
mental atau tiada pengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberikan arahan atau pengawasan berhubung
dengan penggunaan perkakas oleh orang yang bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.
20. Kanak-kanak mesti diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas.
21. Bahagian yang boleh diakses (e.g. pintu ketuhar, rongga ketuhar, makanan dan aksesori) boleh menjadi panas
semasa digunakan.
Untuk mengelakkan melecur, kanak-kanak kecil harus dijauhkan. Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar yang
tebal untuk melindungi diri anda daripada melecur.
22. Semasa perkakas berfungsi dalam mod kombinasi (Masakan GABUNG), Panggang atau Kendalian Automatik,
kanak-kanak hanya boleh menggunakan ketuhar di bawah pengawasan orang dewasa disebabkan suhu yang tinggi.
23. Kanak-kanak dibenarkan menggunakan ketuhar tanpa penyeliaan selepas mereka diberi arahan secukupnya agar
mereka dapat menggunakan ketuhar dengan cara yang selamat dan memahami bahaya jika ia disalahgunakan.
24. Perkakas menjadi panas semasa digunakan. Berhati-hatilah untuk mengelakkan tersentuh elemen pemanasan di
dalam ketuhar.
M – 1

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

R-899s

Table of Contents