Bosch AutoCook MUC6 Series Instruction Manual page 52

Hide thumbs Also See for AutoCook MUC6 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Keselamatan kanak-kanak
5. Tekan butang G lama (>2 saat) untuk
menyimpan nilai yang telah ditetapkan.
Nota: Bagi setiap langkah penyediaan
hanya suhu atau tekanan stim boleh
ditetapkan dan simpan. Nilai terakhir yang
ditetapkan akan disimpan.
Untuk memprogramkan langkah
penyediaan berikut, ulang poin 2 hingga 6.
Sehingga 3 langkah penyediaan boleh
diprogramkan.
Program penyediaan yang disimpan
[ resipi 1 ] boleh dipilih seperti biasa melalui
mod pilihan fungsi.
Nota: untuk menyimpan progam
penyediaan sendiri kedua di bawah [ recipe
2 ] (resipi 2), ikuti langkah analog seperti
yang diterangkan di atas bagi [ recipe 1 ]
(resipi 1).
Untuk memadam program penyediaan
sendiri, lakukan langkah berikut:
1. Dalam mod pilihan fungsi, tekan
butang D 1x.
LED [ recipe 1 ] (resipi 1) akan menyala.
Paparan akan memaparkan tempoh
penyediaan yang telah ditetapkan.
2. Tekan butang F 1x.
Paparan berkerlip. Dalam panel kawalan,
LED 1 (langkah penyediaan 1) akan
menyala.
3. Tekan butang H lama (>2 saat).
Tetapan [ recipe 1 ] (resipi 1) dipadam.
Nota: untuk memadam progam penyediaan
sendiri kedua di bawah [ recipe 2 ]
(resipi 2), ikuti langkah analog seperti
yang diterangkan di atas bagi [ recipe 1 ]
(resipi 1).
Keselamatan kanak-kanak
Keselamatan kanak-kanak boleh diaktifkan
atau dinyahaktifkan semasa proses
penyediaan. Jika keselamatan kanak-kanak
aktif, semua butang pada panel kawalan
akan disekat dan tiada tetapan boleh
dilakukan pada perkakas.
52
W Amaran
Bagi keselamatan kanak-kanak yang aktif,
proses penyediaan tidak boleh diubah atau
dibatalkan. Keselamatan kanak-kanak
mestilah dinyahaktifkan terlebih dahulu.
Tekan kombinasi butang berikut:
1. Aktif
Tekan butang C dan F serentak seketika
selama 3 saat. Ton isyarat singkat akan
dipicu. Keselamatan kanak-kanak telah
diaktifkan.
2. Nyahaktif
Tekan butang C dan F serentak seketika
selama 3 saat sekali lagi. Ton isyarat
singkat akan dipicu. Keselamatan
kanak-kanak telah dinyahaktifkan.
Penjagaan dan pembersihan
harian
W Risiko kejutan elektrik!
■ Jangan sesekali merendam perkakas
di dalam air.
■ Jangan gunakan pembersih wap.
■ Cabut plag sebelum membasuh.
Perhatian!
■ Jangan gunakan alkohol atau agen
pembersih yang mengandungi spirit
yang melelas.
■ Jangan menggunakan objek tajam,
berbucu atau metal.
■ Jangan gunakan kain atau agen
pembersih yang melelas.
Peralatan mestilah dibersihkan dengan teliti
selepas setiap penggunaan.
1. Biarkan perkakas sejuk sepenuhnya.
2. Buka pemegang penguncian tekanan
(M).
3. Tekan butang buka pada perkakas asas
untuk membuka penutup.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Autocook muc8 series

Table of Contents