Bosch AutoCook MUC6 Series Instruction Manual page 42

Hide thumbs Also See for AutoCook MUC6 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Penyediaan
Tekan dan tahan butang hingga mencapai
suhu rendah yang dikehendaki.
Untuk meneruskan program penyediaan,
tekan butang G.
Nota: Jika butang G tidak ditekan,
program penyediaan diteruskan dengan
suhu yang ditetapkan sebelum ini.
Apabila program penyediaan sudah selesai,
isyarat bunyi akan kedengaran, elemen
penunjuk menyala [ finished ] (selesai) dan
butang G atau fungsi pemanasan akan
diaktifkan. X "Fungsi mengekalkan panas"
lihat halaman 48
Paparan berkelip dan memaparkan "00:00".
3. Buka penutup perkakas dan hidangkan
hidangan yang disediakan.
W Bahaya kebakaran!
■ Sewaktu penyediaan, banyak stim
terkumpul dalam perkakas. Buka
penutup dengan berhati-hati. Jangan
bongkok di atas penutup perkakas.
■ Periuk dan juga sisipan yang digunakan
boleh menjadi sangat panas. Sentiasa
gunakan pemegang atau sarung tangan
memasak yang berkenaan.
Perhatian!
Semasa proses memasak, air tersejak
boleh terbentuk. Sentiasa kosongkan bekas
air tersejat.
Nota:
■ Program penyediaan boleh dihentikan
dengan butang H pada bila-bila masa.
Perkakas akan berubah ke mod pilihan
fungsi.
■ Program penyediaan tertentu boleh
terdiri daripada beberapa langkah
penyediaan. X "Beberapa langkah
penyediaan" lihat halaman 47
Memanjangkan tempoh
penyediaan sewaktu penyediaan
Jika bahan masih tidak cukup masak
sebelum program penyediaan berakhir,
tempoh penyediaan boleh dipanjangkan.
1. Tekan dan tahan butang F.
Tempoh penyediaan semasa akan
dipaparkan pada paparan dan kemudian
masa meningkat 1 minit.
42
2. Tekan butang tersebut hingga mencapai
tempoh penyediaan yang dikehendaki.
3. Tekan butang G untuk memulakan
tempoh penyediaan baru.
Nota: Tempoh penyediaan boleh
dipanjangkan maksimum 30 minit. Apabila
telah melebihi tempoh penyediaan yang
dikehendaki, tekan butang F hingga
mencapai nilai maksimum, kemudian
tetapan akan kembali kepada 5 minit.
Masakan Sous-vide
Masakan Sous-vide bermaksud makanan
"dimasak dalam vakum" dengan suhu rendah.
Masakan Sous-vide ialah cara yang lembut
dan kurang lemak untuk menyediakan
daging, ikan, sayur-sayuran dan pencuci
mulut. Makanan ini disimpan di dalam
bekas memasak khas yang tahan panas
dengan pemateri vakum yang kedap udara.
W Risiko kesihatan!
Memasak sous-vide dimasak dengan suhu
yang rendah. Pastikan anda mengikuti arahan
pengendalian dan kebersihan berikut:
■ Hanya gunakan makanan segar
daripada kualiti yang terbaik.
■ Basuh dan bersihkan tangan. Gunakan
sarung tangan pakai buang atau
penyepit dapur / barbeku.
■ Makanan kritikal, cth. menyediakan
ayam, telur dan ikan dengan perhatian
khusus.
■ Sediakan ayam itik dengan sekurang-
kurangnya 65°C.
■ Sentiasa basuh dan / atau kupas sayur-
sayuran dan buah-buahan.
■ Sentiasa menjaga permukaan kerja
dan papan memotong supaya bersih.
Gunakan papan memotong yang
berlainan untuk jenis makanan yang
berlainan.
■ Patuhi rantaian sejuk. Berhenti seketika
untuk menyediakan makanan dan
simpan makanan yang divakum di
dalam peti sejuk sebelum memulakan
proses memasak.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Autocook muc8 series

Table of Contents