Bosch AutoCook MUC6 Series Instruction Manual page 44

Hide thumbs Also See for AutoCook MUC6 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Penyediaan
Fungsi tekanan stim dinyahaktif
Untuk memilih program penyediaan tanpa
fungsi tekanan stim, pemegang penguncian
tekanan (M) perlu sentiasa dibuka.
Selepas itu, pusing pemegang penguncian
stim mengikut arah lawan jam sehingga
berhenti.
Dalam mod pilihan fungsi, program
penyediaan tanpa fungsi tekanan stim yang
diingini boleh dipilih. X "Penyediaan tanpa
tekanan stim" lihat halaman 40
Terdapat 8 program penyediaan yang telah
ditetapkan, yang boleh digunakan dengan
fungsi tekanan stim. X "Senarai program
penyediaan" lihat halaman 54
W Bahaya kebakaran!
■ Bahan berbuih, cth. susu, krim, tidak
boleh dipanaskan di bawah tekanan stim.
■ Jangan gunakan fungsi tekanan stim
untuk menggoreng makanan di bawah
tekanan dengan minyak.
1. Buka perkakas. Buka pemegang
penguncian tekanan (M) dan tekan
butang buka pada perkakas asas.
2. Isikan periuk dengan bahan yang
dikehendaki. Skala pengukur juga
digunakan untuk membaca kuantiti
di bahagian dalam periuk.
Perhatian!
■ Jangan sesekali memanaskan perkakas
di bawah tekanan stim tanpa pengisian
sebelumnya dalam air atau cecair
yang lain. Isikan sekurang-kurangnya
250 ml cecair.
■ Isikan periuk maksimum sebanyak
3.3 liter. Isikan maksimum setengah
dalam periuk apabila menyediakan
makanan yang berkembang, contohnya,
nasi atau sayur-sayuran yang kering.
44
3. Tutup perkakas. Tekan penutup
ke bawah, sehingga ia dikunci ke
tempatnya dan tutup pemegang
penguncian tekanan (N).
Satu nada isyarat dipancarkan. Fungsi
tekanan stim telah diaktifkan.
4. Tekan butang B untuk pergi ke mod
pilihan fungsi.
Dalam mod pilihan fungsi, program
penyediaan yang diingini dipilih dan semua
tetapan perkakas akan diguna pakai.
Butang B menyala berterusan begitu juga
elemen paparan [ my mode ] (mod saya)
dan [ K ]. Butang G berkerlip. Dalam
paparan, "00:00" akan dipaparkan.
Nota: Sekiranya tidak input dalam panel
kawalan dalam masa 5 minit, perkakas
akan bertukar ke mod sedia secara
automatik.
5. Tekan butang D berulang kali hingga
program penyediaan yang dikehendaki
dipilih.
Dalam panel kawalan, LED berkenaan
menyala dan tempoh penyediaan yang
dipratetapkan untuk program penyediaan
yang dipilih berkelip. Elemen penunjuk
seperti "Tekanan wap rendah" [ K ] atau
"Tekanan wap tinggi" [ L ] akan menyala.
Tekan butang L untuk menukar antara
[ K ] dan [ L ].

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Autocook muc8 series

Table of Contents