Bosch AutoCook MUC6 Series Instruction Manual page 46

Hide thumbs Also See for AutoCook MUC6 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Fungsi tambahan
Nota:
■ Program penyediaan boleh dihentikan
dengan butang H pada bila-bila masa.
Perkakas akan berubah ke mod pilihan
fungsi. Sebelum perkakas boleh dibuka,
stim dalam bahagian dalam perkakas
boleh dilepaskan secara manual.
X "Melepaskan stim secara manual"
lihat halaman 46
■ Program penyediaan tertentu terdiri
daripada beberapa langkah penyediaan.
X "Beberapa langkah penyediaan" lihat
halaman 47
Melepaskan stim secara manual
Dalam kes berikutnya, stim boleh
dilepaskan secara manual:
■ Jika pelepasan stim secara automatik
perlu dipercepatkan diakhir sesuatu
program penyediaan.
■ Jika program penyediaan perlu
dibatalkan.
■ Jika pemegang penguncian tekanan
tidak boleh dibuka kerana perkakas
tidak bebas daripada tekanan
sepenuhnya.
W Bahaya kebakaran!
Dengan menekan butang pelepasan
stim, stim panas akan melepa di bawah
tekanan tinggi daripada pelepasan stim.
Beri perhatian pada langkah penyediaan
bergantung kepada resipi (cth. dengan atau
tanpa fungsi tekanan stim, penutup yang
dibuka).
1. Tekan butang pelepasan stim selama
mungkin sehingga tiada stim lagi yang
melepa daripada pelepasan stim.
2. Buka perkakas. Buka pemegang
penguncian tekanan (M) dan tekan
butang buka pada perkakas asas.
46
Nota: Jika pemegang penguncian tekanan
tidak boleh dibuka, perkakas tidak bebas
daripada tekanan sepenuhnya. Dalam
kes ini, tekan keselamatan tekanan tinggi
dengan pin halus ke bawah sehingga
tiada stim lagi melepa daripada perkakas.
Seterusnya, buka pemegang penguncian
tekanan (M) dan tekan butang buka pada
perkakas asas.
Fungsi tambahan
Fungsi tambahan berikut tersedia untuk
program penyediaan dengan atau tanpa
fungsi tekanan stim.
Pilihan masa penyediaan yang
ditetapkan
Untuk setiap program penyediaan, tempoh
penyediaan yang telah ditetapkan akan
memaparkan [ medium ] (sederhana) dalam
paparan.
Masa penyediaan boleh dipendekkan
[ short ] (pendek) atau dipanjangkan [ long ]
(panjang).
1. Tekan butang E berulang kali
sehingga elemen paparan yang
dikehendaki menyala. Paparan bertukar
dari [ medium ] (sederhana) ke [ long ]
(panjang) ke [ short ] (pendek) dan
kembali ke [ medium ] (sederhana).
Dalam paparan, nilai berkenaan yang telah
ditetapkan untuk tempoh penyediaan akan
dipaparkan.
2. Tekan butang G untuk memulakan
program penyediaan.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Autocook muc8 series

Table of Contents