Bosch AutoCook MUC6 Series Instruction Manual page 51

Hide thumbs Also See for AutoCook MUC6 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

my mode (mod saya) (manual)
Mod tetapan pantas untuk menetapkan
fungsi tekanan stim, tempoh dan suhu
penyediaan secara individu bagi proses
memasak.
Dalam mod pilihan fungsi, butang B akan
menyala secara berterusan, begitu juga
elemen paparan [ my mode ] (mod saya).
Butang G berkerlip. Dalam paparan,
"00:00" akan dipaparkan.
Nota: Untuk menghidupkan fungsi tekanan
stim, pemegang penguncian tekanan
mestilah ditutup (N). Elemen paparan
[ K ] akan menyala.
Menetapkan tempoh penyediaan
1. Tekan butang F 1x.
Dalam paparan, "00:00" akan berkerlip.
2. Tekan butang F beberapa kali sehingga
tempoh penyediaan yang diingini
dipaparkan.
Tetapkan suhu penyediaan atau
tekanan stim
3. Tanpa fungsi tekanan stim:
Pemengang penguncian tekanan
mesti dibuka (M). Tekan butang C 1x.
Dalam paparan, "0000" akan berkerlip.
Seterusnya tekan butang C beberapa kali
sehingga suhu penyediaan yang diingini
dipaparkan.
atau
Dengan fungsi tekanan stim:
Pemegang penguncian tekanan
mestilah ditutup (N). Tekan butang L
untuk menukar di antara [ K ] and [ L ].
4. Tekan butang G untuk memulakan
dengan tetapan yang dipilih.
Perkakas akan memanaskan periuk
sehingga mencapai suhu atau tekanan stim
yang ditetapkan.
Apabila suhu atau tekanan stim yang
ditetapkan dicapai, baris akan dipadam dan
tempoh penyediaan akan dipaparkan dalam
paparan. Tempoh penyediaan akan dihitung
undur.
Kemungkinan tetapan secara individu
recipe 1 / recipe 2
(resipi 1 / resipi 2) – Simpan
program penyediaan sendiri.
Di bawah tempat simpanan [ recipe 1 ]
(resipi 1) dan [ recipe 2 ] (resipi 2), program
penyediaan sendiri dengan pilihan masa
dan suhu individu dan fungsi tekanan stim
boleh disimpan.
Nota:
■ Sekiranya tiada program penyediaan
yang disimpan sebelum itu, tiada nilai
yang telah ditetapkan dipaparkan.
■ Untuk menghidupkan fungsi tekanan
stim, pemegang penguncian tekanan
mestilah ditutup (N).
1. Dalam mod pilihan fungsi, tekan
butang D 1x.
LED [ recipe 1 ] (resipi 1) akan menyala.
Paparan akan memaparkan tempoh
penyediaan yang telah ditetapkan.
Simpan tempoh penyediaan:
2. Tekan butang F 1x.
Paparan berkerlip. Dalam panel kawalan,
LED 1 (langkah penyediaan 1) akan
menyala.
3. Tekan butang F beberapa kali sehingga
tempoh penyediaan yang diingini
dipaparkan.
Dengan menekan seketika butang F,
tempoh penyediaan akan dipanjangkan
1 minit. Sekiranya butang F ditekan lebih
lama, tempoh akan meningkat setiap kali
sebanyak 10 minit. Tempoh meningkat
sehingga ke nilai maksimum yang telah
ditetapkan dan kemudian akan kembali ke
nilai minimum yang telah ditetapkan.
Simpan suhu penyediaan atau tekanan
stim:
4. Suhu penyediaan: Tekan butang C
1x. Paparan akan memaparkan suhu
penyediaan yang telah ditetapkan.
Seterusnya tekan butang C beberapa
kali sehingga suhu penyediaan yang
diingini dipaparkan.
atau
Tekanan stim: Tekan butang L, untuk
menukar di antara [ K ] dan [ L ].
ms
51

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Autocook muc8 series

Table of Contents