Bosch AutoCook MUC6 Series Instruction Manual page 47

Hide thumbs Also See for AutoCook MUC6 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

Menetapkan masa mula tertunda
Untuk menikmati hidangan yang telah
disediakan pada sesuatu masa tertentu,
tempoh ke masa mula bagi program
penyediaan yang dipilih boleh ditetapkan.
Nota: Masa mula tertudan boleh ditetapkan
hanya untuk program penyediaan tertentu.
Masa mula tertunda untuk program
penyediaan ini boleh ditetapkan terlebih
dahulu secara berasingan.
1. Pilih program penyediaan.
2. Tekan butang A. Butang G berkerlip.
"00:10" berkerlip dalam paparan.
Dengan menekan butang A berulang kali,
tempoh yang dipaparkan akan meningkat.
Dengan menekat seketika, tempoh akan
meningkat sebanyak 5 minit setiap kali.
Dengan menekan seketika, tempoh akan
meningkat sebanyak 10 minit setiap kali.
Jika butang A ditekan lebih kurang selama
2 saat, tempoh akan meningkat 30 minit
setiap kali.
3. Tekan butang G apabila masa mula
tertunda yang diingini dipaparkan.
Masa mula tertunda yang dipilih akan
dipaparkan dalam paparan. Dalam panel
paparan, [ timer ] (pemasa) menyala.
Tempoh hingga mula akan dihitung undur.
Proses penyediaan akan dimulakan
selepas itu secara automatik.
Nota:
■ Dengan menekan butang G, masa
mula tertunda boleh dimatikan pada
bila-bila masa. Program penyediaan
akan bermula serta-merta.
■ Jika paparan "00:10" dalam paparan
tidak berkerlip, masa mula tertunda
tidak boleh ditetapkan untuk program
penyediaan yang dipilih.
Beberapa langkah penyediaan
Program penyediaan tertentu boleh terdiri
daripada beberapa langkah penyediaan.
Satu ton isyarat akan dipicu apabila
langkah seterusnya dimulakan. Dalam
panel kawalan, LED 1, 2, 3 dan 4 yang
berkenaan akan menyala dan butang G
akan berkerlip.
■ Buka penutup perkakas.
■ Tambah bahan seterusnya.
■ Beri perhatian pada langkah penyediaan
bergantung kepada resipi (cth. dengan
atau tanpa fungsi tekanan stim, penutup
yang dibuka). X rujuk buku resipi yang
dilampirkan
■ Mulakan langkah penyediaan
seterusnya dengan butang G.
Perkakas akan memenaskan bahagian
dalaman perkakas sehingga apabila
suhu sasaran atau tekanan stim langkah
penyediaan berikut yang dipilih dicapai.
Semasa fasa pemanasan, garis akan
terpapar dalam paparan, yang menyala
mengikut arah pusingan jam. Apabila suhu
sasaran atau tekanan stim yang dipilih
dicapai, garis ini akan pada dan tempoh
penyediaan berikutnya akan dipaparkan
dalam paparan. Tempoh penyediaan akan
dihitung undur. Tempoh hingga mula akan
dihitung undur.
Menamatkan langkah penyediaan
semasa sebelum masanya
Jika bahan masak awal semasa sesuatu
langkah penyediaan, ini juga boleh
ditamatkan secara manual.
1. Tekan butang G untuk sekurang-
kurangnya selama 2 saat.
Langkah penyediaan semasa ditamatkan.
Seterusnya seperti biasa, satu ton isyarat
akan dipicu apabila langkah seterusnya
dimulakan. Dalam panel kawalan, LED 1, 2,
3 dan 4 yang berkenaan akan menyala dan
butang G akan berkerlip.
2. Melaksanakan langkah penyediaan
yang seterusnya.
Fungsi tambahan
ms
47

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Autocook muc8 series

Table of Contents