Peredam Bunyi - Husqvarna 440e II TrioBrake Operator's Manual

Hide thumbs Also See for 440e II TrioBrake:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Memeriksa tuil brek keselamatan
Letakkan gergaji rantai di atas tanah yang rata dan
hidupkannya. Pastikan rantai tidak mencecah tanah atau
objek yang lain. Lihat arahan di bawah tajuk
Menghidupkan dan mematikan. (100)
Genggam pemegang gergaji dengan kuat dan pegang
dengan menggunakan kelima-lima jari anda. (62)
Gunakan pecutan penuh dan aktifkan brek rantai dengan
menolak pergelangan tangan anda ke hadapan tanpa
melepaskan tangan di pemegang hadapan. Rantai mesti
berhenti serta-merta. (58)
Pengunci pendikit
Pastikan tuil pendikit terkunci dengan tepat di posisi
idel semasa anda melepaskan kembali. (101)
Tekan pengunci pendikit dan pastikan ia kembali ke
posisi asal semasa anda melepaskan kembali. (102)
Periksa sama ada tuil pendikit dan pengunci pendikit
berfungsi dengan sempurna dan spring kembali
dengan baik. (103)
Hidupkan enjin dan laraskan kepada pecutan penuh.
Lepaskan kembali dan lihat sama ada rantai berhenti.
Jika rantai masih bergerak, periksa sama ada larasan
pada karburetor tepat atau sebaliknya.
Perangkap rantai
Tentukan perangkap rantai tidak rosak dan dipasang kuat
pada badan gergaji rantai. (104)
Pelindung tangan kanan
Pastikan pelindung tangan kanan tidak rosak atau retak.
(11)
Sistem penyerap getaran
Kerap periksa alat penyerap getaran untuk menentukan
ianya tidak retak atau rosak. Pastikan unit-unit penyerap
getaran dipasang dengan kuat pada unit enjin dan
pemegang. (105)
54 – Malaysian
PENYENGGARAAN
Suis mematikan enjin
Hidupkan enjin dan pastikan enjin mati apabila anda
menolaknya ke posisi stop. (59)
AWAS! Suis mula/berhenti secara automatik kembali ke
posisi berjalan. Untuk mencegah penghidupan secara
tidak sengaja, penutup palam pencucuh hendaklah
ditanggalkan daripada palam pencucuh semasa
memasang, memeriksa dan/atau melakukan
penyenggaraan.

Peredam bunyi

Jangan gunakan mesin jika peredam bunyinya rosak.
Sentiasa pastikan peredam bunyi dipasang dengan kuat
pada mesin. (106)
Sesetengah peredam bunyi dilengkapkan dengan jaring
perangkap percikan bunga api khas. Jika mesin anda
mempunyai peredam bunyi jenis ini, jaring tersebut perlu
dibersihkan sekali seminggu. Paling baik lakukan dengan
menggunakan berus dawai. Jaring yang tersumbat akan
menyebabkan enjin terlampau panas dan mengakibatkan
kerosakan serius.
PERHATIAN! Jaring mesti diganti jika rosak. Mesin akan
menjadi panas jika jaring tersumbat dan ini akan
menyebabkan silinder dan omboh rosak. Jangan
gunakan mesin yang mempunyai peredam bunyi yang
tersumbat atau rosak. Jangan gunakan peredam bunyi
jika jaring perangkap percikan api hilang atau rosak.
(13)
Peredam bunyi direkabentuk untuk mengurangkan tahap
bising atau bunyi dan menghalakan arah ekzos jauh
daripada pengguna. Gas eksos adalah panas dan
mempunyai percikan api yang boleh mencetus kebakaran
jika diarahkan ke bahan kering dan mudah terbakar.
1155361-94 Rev.2 2014-11-26

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

445 epa ii, 445e epa ii, 450e

Table of Contents