Husqvarna 440e II TrioBrake Operator's Manual page 37

Hide thumbs Also See for 440e II TrioBrake:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN AM
Jangka hayat mesin boleh berkurangan jika
penyelenggaraan mesin tidak dilakukan dengan betul,
dan servis dan/atau pembaikan tidak dilakukan secara
professional. Jika anda perlukan maklumat lanjut, sila
hubungi bengkal servis terdekat anda.
AMARAN! Jangan sekali-kali
!
menggunakan mesin yang mempunyai
komponen keselamatan yang rosak.
Kelengkapan keselamatan mesti
diperiksa dan disenggara. Lihat arahan
di bawah tajuk Memeriksa, menyenggara
dan menservis kelengkapan
keselamatan gergaji rantai. Jika mesin
anda tidak lulus semua pemeriksaan,
bawa ke bengkel servis untuk dibaiki.
Brek rantai dan tuil keselamatan
Gergaji rantai anda dilengkapi dengan brek rantai yang
direka untuk menghentikan rantai jika lantunan berlaku.
Brek rantai mengurangkan risiko kemalangan tetapi
hanya anda sahaja yang boleh mencegah. (3)
Berhati-hati semasa menggunakan gergaji anda dan
pastikan zon lantunan di papan tidak menyentuh apa-apa
objek. (4)
Brek rantai (A) boleh diaktifkan sama ada secara
manual (dengan tangan kiri anda) atau mekanisme
pelepas inertia. (39)
Brek rantai diaktifkan apabila tuil keselamatan (B)
ditolak ke hadapan atau tolak picu (E) ke atas dan ke
hadapan. (5)
Pergerakan ini mengaktifkan mekanisma spring yang
dipasang untuk mengetatkan gelang brek (C) di
bahagian sistem pacuan enjin (D) (gelendong klac).
(6)
Tuil keselamatan bukan direka semata-mata untuk
mengaktifkan brek rantai. Satu lagi ciri penting ialah ia
mengurangkan risiko rantai mencederakan tangan kiri
anda jika terlepas genggaman pada pemegang
hadapan.
Brek rantai mesti diaktifkan apabila gergaji rantai
dihidupkan untuk mencegah rantai daripada berputar.
(45)
Gunakan brek rantai sebagai "Brek Letak" bila
menghidupkan dan bila bergerak dalam jarak dekat,
untuk mencegah kemalangan sekiranya terdapat
risiko rantai secara tidak sengaja terkena seseorang
atau sesuatu yang berhampiran. Jangan biarkan
gergaji rantai dihidupkan dengan brek rantai
diaktifkan untuk tempoh yang lama. Gergaji rantai
boleh menjadi terlalu panas.
Rantai brek dilepaskan dengan menggerakkan
semula bahagian hadapan kawalan tangan bertanda
'TARIK KE BELAKANG UNTUK SET SEMULA' ke
arah hadapan gagang.
Lantunan boleh berlaku secara tiba-tiba dan kuat.
Lantunan biasanya sedikit dan tidak selalunya
mengaktifkan brek rantai. Jika ini berlaku anda
1155361-94 Rev.2 2014-11-26
haruslah memegang gergaji rantai dengan kuat dan
jangan melepaskannya. (62)
Brek rantai diaktifkan secara manual atau automatik
oleh mekanisme pelepasan inertia, bergantung
kepada kekuatan lantunan dan kedudukan gergaji
rantai dengan objek di mana zon lantunan terkena.
Jika anda terkena lantunan yang kuat semasa zon
lantunan bilah berada jauh dari anda, brek rantai akan
diaktifkan hasil daripada gerak balas berat (diaktifkan
secara inertia) ke arah lantunan. (7)
Jika lantunan tidak kuat atau zon lantunan berdekatan
dengan anda, brek rantai akan diaktifkan secara
manual hasil gerakan tangan kiri anda.
Dalam kedudukan menebang, tangan kiri berada
dalam kedudukan yang membuatkan pengaktifan
brek rantai secara manual menjadi mustahil. Dengan
genggaman seperti ini, iaitu bila tangan kiri terletak
supaya ia tidak boleh menjejaskan pergerakan
pelindung tangan hadapan, brek rantai hanya boleh
diaktifkan oleh tindakan inertia. (8)
Adakah tangan saya sentiasa
mengaktifkan brek rantai sekiranya
berlaku lantunan?
Tidak. Kuasa tertentu diperlukan untuk menggerakkan
pelindung lantunan ke hadapan. Sekiranya tangan anda
hanya menyentuh perlahan pelindung lantunan atau
hanya meluncur di atas, mungkin kuasanya tidak cukup
kuat untuk melepaskan brek rantai. Anda juga mesti
memegang erat pemegang gergaji rantai semasa
bekerja. Jika anda berbuat demikian dan berlaku
lantunan, mungkin anda tidak akan melepaskan tangan
dari pemegang hadapan dan tidak mengaktifkan brek
rantai, atau mungkin brek rantai tidak diaktifkan sehingga
gergaji itu telah dapat berpusing dengan banyak. Dalam
situasi sedemikian, mungkin brek rantai tidak dapat
menghentikan rantai sebelum ia terkena anda.
Dalam beberapa cara berdiri semasa bekerja, mungkin
berlaku keadaan di mana tangan anda tidak sampai ke
pelindung lantunan untuk mengaktifkan brek rantai;
sebagai contoh semasa gergaji dipegang dalam
kedudukan menebang.
Adakah pengaktifan inertia brek rantai
sentiasa terjadi jika berlaku lantunan?
Tidak. Pertama sekali, brek anda mesti berfungsi.
Menguji brek adalah mudah, lihat arahan di bawah tajuk
Memeriksa, menyenggara dan menservis kelengkapan
keselamatan gergaji rantai. Kami mengesyorkan anda
melakukannya sebelum memulakan setiap syif. Kedua,
lantunan mesti cukup kuat untuk mengaktifkan brek
rantai. Jika brek rantai terlalu sensitif ia akan sentiasa
diaktifkan dan ini akan menyusahkan.
Malaysian
37

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

445 epa ii, 445e epa ii, 450e

Table of Contents