Kelengkapan Memotong - Husqvarna 440e II TrioBrake Operator's Manual

Hide thumbs Also See for 440e II TrioBrake:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN AM

Kelengkapan memotong

Bahagian ini menerangkan cara memilih dan menjaga
kelengkapan memotong untuk:
Mengurangkan risiko lantunan.
Mengurangkan risiko rantai putus atau terkeluar.
Mendapatkan prestasi memotong maksimum.
Memanjangkan hayat kelengkapan memotong.
Mengelakkan peningkatan tahap getaran.
Peraturan-peraturan am
Hanya gunakan kelengkapan memotong yang
disyorkan oleh kami! Lihat arahan di bawah tajuk
data Teknikal.
Pastikan mata pemotong rantai diasah dengan
betul! Ikut arahan yang diberikan dan gunakan
tolok kikir yang kami syorkan. Rantai yang rosak
atau tidak diasah dengan betul boleh meningkatkan
risiko berlakunya kemalangan.
Kekalkan ketinggian raker yang betul! Ikut arahan
kami dan gunakan tolok raker yang disyorkan.
Ketinggian yang berlebihan akan meningkatkan risiko
berlaku lantunan.
Pastikan rantai ditegangkan dengan betul! Jika
rantai kendur, kemungkinan besar ia akan terkeluar
dan menambah kehausan papan, rantai dan
gegancu.
Tentukan kelengkapan memotong dilincir dengan
sempurna dan disenggarakan dengan betul!
Rantai yang tidak sempurna dilincir akan mudah
putus dan menyebabkan kehausan pada papan,
rantai dan gegancu.
Kelengkapan memotong yang direka
untuk mengurangkan lantunan
AMARAN! Kelengkapan memotong yang
!
rosak atau kombinasi bilah dan rantai
gergaji yang salah meningkatkan risiko
lantunan! Gunakan hanya kombinasi
bilah dan rantai gergaji yang kami syor,
dan ikut arahan mengikir. Lihat arahan di
bawah tajuk data Teknikal.
Satu cara untuk mengelakkan lantunan adalah dengan
memastikan zon lantunan tidak tersentuh apa-apa objek.
Dengan menggunakan kelengkapan memotong yang
mempunyai pelindung lantunan "terbina dalam" dan
menentukan mata pemotong sentiasa tajam boleh
mengurangkan risiko lantunan.
Papan
Lebih kecil garis pusat hujung bilah lebih kecil risiko
lantunan.
1155361-94 Rev.2 2014-11-26
Rantai
Seutas rantai gergaji adalah terdiri daripada beberapa
sambungan mata yang boleh diperolehi dalam versi biasa
dan kurang melantun.
PENTING! Tiada rantai gergaji menghapuskan risiko
lantunan.
AMARAN! Sebarang sentuhan dengan
!
rantai gergaji yang berputar boleh
mengakibatkan kecederaan yang amat
serius.
Beberapa istilah yang menerangkan papan dan rantai
Bagi mengekalkan ciri-ciri keselamatan pada
kelengkapan rantai, anda mesti menggantikan kombinasi
bilah/rantai yang haus dan rosak dengan bilah dan rantai
yang disyorkan oleh Husqvarna. Lihat arahan dalam
bahagian data Teknikal untuk maklumat mengenai
kombinasi bilah/rantai yang kami syorkan.
Papan
Panjang (inci/cm)
Bilangan gigi gegancu (T) di hujung papan.
Jarak gigi rantai (inci). Jarak di antara setiap mata
rantai mesti sama dengan gigi di hujung gegancu.
(14)
Bilangan sambungan mata penggerak. Bilangan
sambungan mata penggerak setiap utas rantai akan
ditentukan oleh panjang papan, jarak gigi rantai dan
bilangan gigi gegancu di hujung papan.
Lebar lurah papan (inci/mm). Lurah pada papan
mestilah sama lebarnya dengan mata penggerak
rantai.
Lubang minyak pelincir dan lubang untuk
menegangkan rantai. Papan mestilah sesuai dengan
reka bentuk gergaji. (15)
Rantai
Jarak gigi rantai (inci) (14)
Lebar mata penggerak (mm/inci) (16)
Bilangan mata pengerak. (17)
Mengasah rantai anda dan melaraskan
ketinggian raker
Maklumat am untuk mengasah mata pemotong
Jangan sekali-kali menggunakan rantai yang tumpul.
Apabila rantai tumpul anda terpaksa menggunakan
lebih tekanan untuk menolak bilah melalui kayu dan
pemotongan sangat sedikit. Rantai gergaji yang
sangat tumpul tidak memotong langsung. Hasilnya
hanya habuk kayu sahaja.
Rantai gergaji yang tajam memotong kayu dengan
cepat dan menghasilkan pemotongan panjang dan
tebal.
Malaysian
39

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

445 epa ii, 445e epa ii, 450e

Table of Contents