Husqvarna 440e II TrioBrake Operator's Manual page 38

Hide thumbs Also See for 440e II TrioBrake:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN AM
Adakah brek rantai sentiasa melindungi
saya daripada kecederaan jika lantunan
berlaku?
Tidak. Pertama-tama sekali brek anda mesti berfungsi
untuk memberikan perlindungan yang dikehendaki.
Kedua, ia mesti diaktifkan sebagaimana yang diterangkan
di atas untuk menghentikan gergaji rantai bila berlaku
lantunan. Ketiga, brek rantai mungkin diaktifkan tetapi jika
bilah terlalu hampir kepada anda mungkin brek itu tidak
sempat memperlahankan dan menghentikan rantai
sebelum gergaji rantai terkena anda.
Hanya anda dan teknik kerja yang betul boleh
mengelakkan lantunan dan risikonya
Pengunci pendikit
Pengunci picu pendikit direka untuk mencegah pendikit
daripada beroperasi secara tidak sengaja. Apabila anda
menekan pengunci (A) (iaitu bila anda menggenggam
pemegang) ia melepaskan tuil pendikit (B). Apabila anda
melepaskan pemegang, tuil pendikit dan pengunci
pendikit boleh menendang balik ke posisi asal. Aturan ini
bermakna pendikit akan terkunci secara automatik
semasa idel. (9)
Perangkap rantai
Perangkap rantai direka khas untuk menangkap rantai
jika ia terputus atau terkeluar daripada papan. Hal ini
tidak mungkin berlaku jika rantai gergaji dipasang dan
ditegangkan dengan betul (lihat arahan di bawah tajuk
Pemasangan) dan papan dan rantai gergaji diservis serta
dijaga mengikut peraturan. (lihat arahan di bawah tajuk
Arahan kerja am). (10)
Pelindung tangan kanan
Selain melindungi tangan anda daripada terkena rantai
gergaji jika ia terkeluar atau tersentap, pelindung
pemegang tangan kanan ini boleh menyekat dahan atau
ranting-ranting kayu daripada menggangu genggaman
anda pada pemegang belakang. (11)
Sistem penyerap getaran
Mesin anda dilengkapi dengan sistem menyerap getaran
yang direka khas untuk meminimumkan getaran dan
memudahkan pengendalian.
Sistem menyerap getaran mesin mengurangkan getaran
dari enjin/kelengkapan memotong dengan pemegang
mesin. Badan gergaji, termasuk kelengkapan memotong,
ditebat daripada pemegang dengan unit menyerap
getaran.
Memotong kayu keras (pokok berdaun lebar)
menyebabkan lebih getaran jika dibandingkan dengan
yang lembut (kebanyakan pokok konifer). Memotong
menggunakan rantai yang rosak atau tumpul (salah jenis
atau tidak diasah dengan betul) boleh meningkatkan
kadar getaran.
38 – Malaysian
AMARAN! Pendedahan yang
!
berpanjangan kepada getaran boleh
menyebabkan kerosakan pengaliran
darah atau saraf kepada orang yang
mengalami masalah peredaran. Hubungi
doktor jika anda mengalami tanda-tanda
awal pendedahan berpanjangan kepada
getaran. Tanda-tandanya termasuk
kebas, kehilangan rasa, berdenyut-
denyut, mencucuk, sakit, kehilangan
kekuatan dan perubahan warna atau
keadaan kulit. Tanda-tanda ini selalu
terdapat di jari-jari, tangan atau
pergelangan tangan. Tanda-tanda ini
akan bertambah teruk dalam suhu sejuk.
Suis mematikan enjin
Gunakan suis untuk mematikan enjin. (12)
Peredam bunyi
Peredam bunyi direka untuk mengurangkan kebisingan
ke tahap paling minimum dan mengalihkan arah asap
keluar menjauhi pengendali.
AMARAN! Asap ekzos dari enjin adalah
!
panas dan mungkin mengandungi
percikan bunga api yang boleh mencetus
kebakaran. Jangan hidupkan mesin
dalam bangunan atau berdekatan
dengan bahan-bahan mudah terbakar!
Di negara yang beriklim panas dan kering, risiko hutan
terbakar adalah tinggi. Mungkin undang-undang dan
tuntutan di negara-negara ini mewajibkan antara lain
peredam bunyi dilengkapi dengan jaring perangkap
percikan bunga api. (13)
Apabila memasang jejaring, pastikan jejaring dimasukkan
dalam kedudukan yang betul. Jika perlu, gunakan sepana
gabungan untuk menyisip atau membuang jejaring.
AWAS! Peredam bunyi menjadi amat panas sewaktu
digunakan dan selepas berhenti. Ia termasuk juga
ketika enjin idel. Beri perhatian kepada bahaya
kebakaran, terutama bila bekerja berhampiran dengan
bahan dan/atau gas mudah bakar
AMARAN! Jangan sekali-kali
!
menggunakan gergaji rantai jika
peredam bunyi telah hilang atau rosak.
Peredam bunyi yang rosak boleh
meningkatkan dengan banyak tahap
bunyi dan risiko kebakaran. Simpan
kelengkapan memadamkan api
berhampiran. Bila jaring perangkap
rantai diwajibkan di tempat kerja anda,
jangan menggunakan gergaji rantai jika
jaring perangkap percikan api tiada atau
rosak.
1155361-94 Rev.2 2014-11-26

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

445 epa ii, 445e epa ii, 450e

Table of Contents