Husqvarna 440e II TrioBrake Operator's Manual page 50

Hide thumbs Also See for 440e II TrioBrake:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
PENTING! Jika rantai tersekat semasa memotong:
matikan enjin! Jangan cuba menarik keluar gergaji.
Anda mungkin merosakkan rantai apabila gergaji
terlepas dengan tiba-tiba. Gunakan tuil untuk
merenggangkan potongan dan melepaskan papan.
Panduan berikutnya menerangkan bagaimana hendak
mengendalikan kebanyakan situasi yang anda akan
hadapi semasa menggunakan gergaji rantai.
Memotong dahan dan ranting
Semasa memotong dahan dan ranting, gunakan cara
memotong biasa.
Potong dahan sukar sebahagian demi sebahagian. (72)
Memotong
AMARAN! Jangan sekali-kali cuba
!
menggergaji balak bila ia telah disusun
atau beberapa balak berada rapat antara
sama lain. Prosedur seperti ini
meningkatkan lagi risiko lantunan yang
boleh mengakibatkan kecederaan serius
atau kematian.
Bila terdapat susunan balak, setiap balak yang anda
hendak potong mesti dialihkan daripada susunan,
letakkan di atas kuda-kuda atau tandu dan potong satu
per satu.
Alihkan potongan yang telah digergaji dari tempat kerja.
Dengan membiarkan potongan di tempat kerja, anda
menambahkan risiko dengan membuat kesilapan,
lantunan dan risiko terjatuh semasa bekerja. (73)
Balak berada di atas tanah. Risiko rantai tersekat dan
balak retak pecah adalah sedikit. Walau bagaimanapun
ada risiko rantai mencecah tanah semasa anda
menghabiskan potongan. (74)
Potongan dari atas ke bawah. Cuba jangan membiarkan
rantai mencecah tanah apabila anda habis memotong.
Kekalkan pecutan penuh dan bersedia jika rantai
tersentap. (75)
Jika balak boleh dipusing, berhenti memotong semasa
anda telah memotong 2/3 potongan kayu itu.
Pusingkan balak dan potong dari permukaan yang
bertentangan. (76)
Balak disokong pada satu hujung sahaja. Risiko retak
adalah tinggi. (77)
Mula memotong dari bawah (lebih kurang 1/3 daripada
besar kayu).
Habiskan pemotongan dari atas supaya kedua potongan
tadi bertemu. (78)
Balak disokong pada kedua-dua hujung. Risiko rantai
tersepit adalah tinggi. (79)
Mula memotong 1/3 dari atas.
Habiskan memotong dari bawah supaya potongan tadi
bertemu. (80)
50 – Malaysian
TEKNIK BEKERJA
Teknik menebang pokok
PENTING! Untuk menebang pokok, banyak
pengalaman diperlukan. Mereka yang tidak
berpengalaman menggunakan gergaji rantai tidak
sepatutunnya menebang pokok. Jangan cuba lakukan
sesuatu yang anda tak pasti.
Jarak selamat
Jarak yang selamat adalah jarak di antara pokok yang
ditebang dengan orang berdekatan ialah sekurang-
kurangnya 2 1/2 kali tinggi pokok. Pastikan tiada siapa
berada dalam "zon risiko" sebelum dan semasa
menebang. (81)
Arah tumbang
Arah tumbang yang baik adalah tempat yang mudah
untuk memotong ranting dan balak. Anda mahu ianya
tumbang di tempat yang anda boleh bergerak dengan
selamat.
Setelah anda membuat keputusan arah mana perlu ianya
ditumbangkan, anda mesti membuat jangkaan di mana ia
akan tumbang secara semula jadi.
Ini dipengaruhi oleh beberapa faktor:
Arah condong pokok
Lentukan
Arah angin
Susunan dahan
Berat salji
Halangan berhampiran dengan pokok: sebagai
contoh, pokok-pokok lain, talian elektrik, jalan dan
bangunan.
Cari tanda-tanda rosak dan reput pada batang, pokok
kemungkinan besar akan patah dan mula tumbang
sebelum anda jangka.
Anda mungkin terpaksa biarkan ia tumbang mengikut
arah semula jadinya kerana agak mustahil dan bahaya
untuk membuatnya tumbang ke arah yang anda
kehendaki.
Satu lagi faktor penting adalah memastikan bahawa
pokok yang hendak ditebang tiada kecacatan atau reput
yang boleh menghempap anda sewaktu menebang.
Perkara utama ialah mengelakkan daripada tumbang
menimpa pokok lain. Adalah merbahaya untuk
membuang pokok yang terperangkap dan risiko
kemalangannya tinggi. Lihat arahan di bawah tajuk
Membebaskan pokok yang telah tumbang tidak
sempurna. (82)
PENTING! Semasa detik kritikal dalam operasi
penebangan, pelindung telinga mesti dibuka sebaik
sahaja pemotongan selesai supaya bunyi-bunyi dan
isyarat amaran boleh didengar.
1155361-94 Rev.2 2014-11-26

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

445 epa ii, 445e epa ii, 450e

Table of Contents