Sistem Penahan Kanak-Kanak - PERODUA ALZA Owner's Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Aekanisma penghad daya
Tali pinggang keledar hadapan dengan sistem
pra tegang juga dilengkapi dengan sistem
mekanisma penghad daya. Mekanisma ini
hanya berfungsi apabila daya hentaman yang
kuat dikenakan pada bahagian hadapan.
Daya tersebut harus melebihi had tertentu
supaya daya berlebihan tidak dikenakan ke
atas pemandu atau penumpang . Mekanisma
ini dapat mengurangkan daya hentakan pada
bahagian dada pemandu atau penumpang.
PEAH TI AN
Terdapat beberapa kes di mana mekanisma
penghad daya tidak berfungsi walaupun
sistem pra tegang telah beroperasi.

Sistem penahan kanak-kanak

Peringatan sistem penahan kanak-kanak
Perodua sangat menyarankan penggunaan
sistem penahan kanak-kanak bagi anak
kecil yang sesuai menggunakannya.
Jika anak anda terlalu besar untuk sistem
penahan kanak-kanak, letakkan anak anda
di tempat duduk belakang dan pasangkan
tali pinggang keledar kenderaan. Sila lihat
" Tali pinggang keledar kecemasan jenis
penyentap kunci kecemasan tiga punca".
 A A AN
w
Bagi perlindungan yang berkesan
semasa berlakunya kemalangan
atau berhenti mengejut, pastikan
anak anda memakai tali pinggang
keledar dengan kemas atau
menggunakan sistem penahan
kanak-kanak mengikut umur dan
saiz mereka. Jangan memegang
atau meriba anak anda kerana ini
boleh menyebabkan anak anda
tercampak ke hadapan sekiranya
berlaku kemalangan.
Perodua sangat menyarankan
penggunaan sistem penahan
kanak-kanak mengikut saiz yang
sesuai dipasang pada tempat
duduk belakang. Aengikut statistik
kemalangan, kanak-kanak yang
menggunakan sistem penahan
kanak-kanak di tempat duduk
belakang lebih selamat berbanding
di hadapan.
Jangan gunakan bakul bayi atau
kerusi kanak-kanak di tempat
duduk hadapan kerana ia boleh
mengakibatkan kecederaan serius
atau kematian kerana tekanan yang
terhasil daripada pengembungan
beg udara penumpang hadapan
sekiranya berlaku kemalangan.
Pastikan anda mematuhi semua
peraturan pemasangan yang telah
disediakan oleh pengeluar sistem
penahan kanak-kanak dan sistem
pemasangannya adalah kukuh.
3–16

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents

Save PDF