Arahan Anjakan Transmisi Manual - PERODUA ALZA Owner's Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Prosedur menghidupkan enjin
Sistem suntikan bahan api elektronik secara
automatik mengawal campuran udara-bahan
api yang betul untuk menghidupkan enjin.
1. Tekan injak cekam sepenuhnya dan
tahan pada kedudukan itu sehingga enjin
dihidupkan (transmisi manual).
2. Anjak tuil transmisi kepada neutral
(transmisi manual) atau ke julat H atau
G (transmisi automatik).
3. Pusingkan anak kunci penghidup kepada
"ON". Pastikan lampu amaran menyala.
4. Tanpa meletakkan kaki di injak pemecut,
pusingkan anak kunci penghidup kepada
"START" dan lepaskan.
5. Pastikan lampu amaran dipadamkan
kecuali lampu amaran brek atau lampu
amaran brek meletak kenderaan.
Perhatian untuk kenderaan transmisi
automatik
Bagi kenderaan transmisi automatik,
patuhilah arahan yang telah diberikan.
• Gunakan brek meletak kenderaan dan
tukar tuil transmisi kepada julat H
sebelum menghidupkan enjin.
• Enjin juga boleh dihidupkan pada julat
G, tetapi adalah dinasihatkan supaya
menghidupkan enjin pada julat H.
• Di atas sebab-sebab keselamatan,
mekanisme penukaran gear direka
bentuk supaya enjin tidak boleh dihidupkan
jika tuil transmisi diletakkan pada julat
I, E, M atau L.
• Jika enjin mati ketika enjin sedang
bergerak, hidupkan semula dengan
transmisi pada julat G.
• Enjin tidak boleh dihidupkan dengan
menolak atau menunda kenderaan.
• Tu k a r
t r a n s m i s i
a p a b i l a
melahu. Kenderaan mungkin akan
bergerak dengan mengejut sekiranya
transmisi diletakkan pada julat I, E,
M atau L semasa kelajuan enjin tinggi.
• Tukar transmisi dari julat H atau G
kepada julat lain dengan menekan sedikit
pedal brek; jika tidak, kenderaan akan
bergerak dengan mengejut.

Arahan anjakan transmisi manual

Corak anjakan ditunjukkan di atas.
Tekan injak cekam sepenuhnya apabila
menganjak. Sekiranya gear tidak dapat
dianjak dengan mudah, lepaskan dan tekan
injak cekam dan cuba sekali lagi.
Reka bentuk transmisi adalah sedemikian
rupa supaya tuil anjak tidak boleh dianjak
daripada gear lima ke gear undur secara
e n j i n
langsung. Untuk menganjak dari gear lima ke
gear undur, mula-mula kembalikan tuil anjak
ke neutral dan kemudian kepada gear undur
selepas kenderaan berhenti sepenuhnya.
10–2

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents

Save PDF