Sebelum Menghidupkan Enjin; Menghidupkan Enjin - PERODUA ALZA Owner's Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Sebelum menghidupkan enjin

1. Periksa prestasi pra-penghidup.
Rujuk Seksyen 13.
2. Periksa kawasan sekitar kenderaan
sebelum memasukinya.
3. Pastikan brek meletak kenderaan
digunakan dan tuil transmisi kepada H
(transmisi automatik).
4. Laraskan kedudukan tempat duduk, sudut
penyandar tempat duduk dan ketinggian
penahan kepala.
5. Laraskan cermin dalam dan cermin luar.
6. Pasangkan tali pinggang keledar.
7. Padamkan kesemua lampu yang tidak
diperlukan dan alat-alat tambahan.
8. Periksa tolok bahan api mencukupi untuk
pemanduan.
10–1
Pelapik kaki
Pelapik kaki
Pengancing
AMARAN
w
Pastikan kedudukan pelapik kaki
diletakkan dengan betul supaya ianya
tidak mengganggu pergerakan bebas
injak brek atau injak pemecut. Jangan
menindan lebih dari satu pelapik kaki.
Pasangkan pelapik kaki di tempat yang
betul menggunakan kancing khas.
(Sekiranya dilengkapi)
Kegagalan mematuhi arahan ini
boleh menyebabkan injak brek atau
injak pemecut tersangkut pada pelapik
kaki dan mengakibatkan kemalangan.

Menghidupkan enjin

PERINGATAN
Jangan mengengkol motor penghidup
secara berterusan selama lebih daripada
sepuluh saat.
Jangan memecut enjin sejuk untuk
mengelakkan kerosakan enjin.
Jalan pada kelajuan sederhana sehingga
enjin panas.
Pastikan anda duduk di tempat duduk
pemandu sebelum menghidupkan
enjin. Jangan hidupkan enjin dari luar
kenderaan. Kenderaan anda mungkin
akan bergerak secara tidak sengaja
semasa suis penghidup dihidupkan.
Jangan menambahkan kelajuan
kenderaan anda apabila suhu cecair
pendingin enjin rendah.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents

Save PDF