Sekiranya Enjin Tidak Boleh Dihidupkan - PERODUA ALZA Owner's Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Sekiranya enjin tidak boleh
dihidupkan
Jika penghidup tidak mengengkol
Sekiranya nada bunyi hon adalah rendah atau
lampu besar adalah malap, maka periksalah
bateri dahulu. Sila lihat Seksyen 14.
Sekiranya bateri ternyahcas, hidupkan enjin
dengan menggunakan kabel pelompat.
Sekiranya puncanya masih tidak jelas,
dapatkan Pusat Servis Perodua untuk
memeriksanya.
AMARAN
w
Jangan menolak atau menarik
kenderaan untuk menghidupkan enjin.
Ini boleh merosakkan kenderaan
itu atau menyebabkan berlakunya
kemalangan.
11–1
Jika penghidup mengengkol
Palam pencucuh
1. Periksa tolok bahan api. Lampu amaran
akan menyala sekiranya aras bahan api
rendah, tangki bahan api mungkin telah
kosong. Isikan semula tangki bahan api.
2. Sekiranya bahan api masuk ke tangki
bahan api, periksa sama ada wayar
palam pencucuh dipasangkan dengan
baik pada palam pencucuh dan gegelung
pencucuhan.
PERHATIAN
Sekiranya enjin masih tidak mahu hidup,
atau lampu pemeriksaan enjin masih
terus menyala, enjin kenderaan anda
memerlukan pelarasan atau dibaiki.
Dapatkan bantuan dari Pusat Servis
Perodua anda. Kerosakan yang serius
mungkin akan berlaku pada bahagian
pemangkin dan sebagainya sekiranya
pemanduan diteruskan.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents

Save PDF