Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Peringatan mengenai roda aluminium aloi
• Roda aluminium aloi mudah tercalar
atau rosak. Jagalah ia dengan baik
untuk mengekalkan prestasi dan
keselamatannya.
• Selepas pemanduan 1,000 km yang
pertama, pastikan nat roda dalam
keadaan ketat.
• Sekiranya anda memutar, memperbaiki
atau menukar tayar, pastikan yang nat
roda masih berada dalam keadaan ketat
selepas pemanduan 1,000 km.
• Apabila menggunakan pengangkat tayar
kenderaan, berhati-hati supaya anda tidak
merosakkan rim tayar aluminium aloi anda.
• Nat roda Perodua direka khas untuk roda
aluminium aloi anda.
• Gunakan hanya penukul plastik atau getah
apabila memasukkan pengimbang berat
pada roda aluminium aloi.
• Lakukan pemeriksaan berkala ke atas
roda aluminium aloi untuk mengesan
kerosakan. Sekiranya terdapat sebarang
kerosakan, tukar roda aluminium aloi
dengan segera.

Menunda

Kami mengesyorkan supaya kenderaan
anda ditunda oleh trak tunda Perodua yang
berdaftar.
Jika tayar atau gandar rosak, gunakan doli
penarik.
PERINGATAN
Jangan menarik menggunakan peralatan
jenis anduh.
Ia mungkin merosakkan badan kenderaan
anda.
Jenis lantai rata
Kami mengesyorkan kaedah ini, kerana
kaedah ini adalah yang terbaik.
11–14

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents

Save PDF