Enjin Panas Lampau - PERODUA ALZA Owner's Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Enjin panas lampau

Sekiranya enjin mengalami pemanasan
lampau, enjin akan mengeluarkan bunyi
bising dan prestasi enjin menurun dengan
mendadak serta lampu amaran tolok suhu
air akan menyala.
Perhatikan AMARAN-AMARAN berikut dan
ikutlah prosedur yang diterangkan di bawah.
AMARAN
w
Untuk membantu mengurangkan
risiko melecur atau kecederaan
anggota badan yang serius;
Biarkan enjin sejuk sebelum
me meriksa sebarang komponen di
ruang enjin.
Jangan cuba menanggalkan tukup
radiator apabila enjin dan radiator
masih panas.
Memandangkan tukup radiator
adalah jenis bertekanan, bahan
pen dingin panas akan percik
keluar.
Jangan membuka hud sekiranya
wap masih keluar.
Jangan menyentuh atau mendekati
bilah kipas radiator apabila enjin
masih hidup.
1. Letakkan kenderaan di tempat yang
selamat dan matikan penyaman udara.
2. Sekiranya wap masih keluar daripada hud,
matikan enjin. Tutup hud sehingga wap
tidak keluar daripada hud. Sekiranya wap
tidak keluar lagi, hidupkan enjin dan buka
hud supaya berlakunya pengudaraan di
bahagian dalam.
3. Periksa ruangan enjin secara visual. Jika
ada menunjukkan sesuatu seperti berikut,
segera matikan enjin dan hubungi Pusat
Servis Perodua yang berdaftar.
• Sekiranya kipas pendingin tidak berpusing.
• Sekiranya kebocoran wap atau air panas
daripada hos, dan sebagainya:
• Sekiranya tangki simpanan radiator tiada
air.
• Sekiranya tali sawat pemacu putus.
4. Matikan enjin apabila lampu amaran suhu
air terpadam.
5. Selepas enjin sejuk sepenuhnya, periksa
komponen-komponen itu.
6. Periksa air penyejukan dalam jumlah
yang betul, ketegangan talisawat kipas,
pencemaran atau kotoran yang boleh
dilihat pada lubang pengalih haba.
7. Tambahkan bahan pendingin sekiranya
aras bahan pendingin tidak memadai.
(Sila lihat Seksyen 14.)
8. Sila dapatkan Pusat Servis Perodua
yang berdaftar untuk memeriksa sistem
pendingin.
Enjin lebih cenderung mengalami
pemanasan lampau pada musim panas.
Hal-hal berikut harus diperiksa dengan
kerap:
• Kebocoran air dalam sistem pendinginan
• Aras air radiator dan tangki simpanan
• Sayap radiator tersumbat
• Tegangan tali sawat pemacu
Sekiranya pemanasan lebih enjin berlaku
dengan kerap, sila dapatkan Pusat Servis
Perodua yang berdaftar untuk memeriksa
sistem pendingin.
11–4

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents

Save PDF