Pemeriksaan Penyambung Boleh Lakur; Pemeriksaan Aras Bendalir Brek - PERODUA ALZA Owner's Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

PERH TI AN
Sekiranya kabel diputuskan daripada
terminal negatif sebarang data berkenaan
"EFI" dan sistem transmisi automatik
kawalan elektronik yang telah direkod
melalui fungsi diagnosis akan hilang.
Begitu juga data yang dipraset pada jam
dan radio.
 M R AN
w
Untuk mengelakkan kebakaran oleh
pengaliran arus yang berlebihan:
Jangan memasang sebarang
benda di tempat fius walaupun
untuk sementara.
Pastikan anda hanya menggunakan
fius dengan kapasiti tertentu.
Jangan sesekali menggunakan fius
yang nisbah ampiernya lebih tinggi
daripada yang ditetapkan.
Kami mengesyorkan anda menyimpan satu
fius simpanan untuk kecemasan.
14–17
Pemeriksaan penyambung boleh
lakur
Penyambung boleh lakur
Sekiranya jumlah arus berlebihan keluar dari
terminal positif bateri ke litar lampu hadapan
atau litar suis pencucuh, penyambung
boleh lakur akan putus untuk mengelakkan
kebakaran.
Segera hubungi Pusat Servis Perodua yang
berdaftar untuk mengetahui punca masalah
dan memperbaiki sistem.
 M R AN
w
Jangan memasang sebarang benda
di tempat penghubung terlakurkan
walaupun sementara. Ia mungkin
menyebabkan kerosakan yang teruk
kepada kenderaan atau menyebabkan
kebakaran.

Pemeriksaan aras bendalir brek

MIN
MAX
Periksa tangki simpanan bendalir brek sama
ada aras bendalir brek berada antara garisan
"MAX" dan "MIN".
Sekiranya aras bendalir brek terlalu rendah,
tambahkan bendalir brek baru perlahan-lahan
sehingga ke garisan "MAX".
Bagi transmisi manual, tangki bendalir brek
ini berkongsi dengan bendalir cekam.
Untuk bendalir brek yang disyorkan, rujuk
Seksyen 17.
PERIANG T AN
Lapkan bendalir yang tertumpah untuk
mengelakkan kerosakan pada cat.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents

Save PDF