Penukar Bermangkin - PERODUA ALZA Owner's Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Penukar bermangkin

Penukar bermangkin
Penukar bermangkin adalah satu alat
kawalan emisi yang dipasang di dalam sistem
ekzos untuk mengurangkan pencemaran di
dalam gas ekzos.
AAAAAAN
w
Sistem ekzos akan menjadi panas
dan gas ekzos yang panas akan
dikeluarkan semasa enjin sedang
bergerak.
Pastikan bahagian belakang
kenderaan anda berada lebih
kurang 30sm daripada bahan
mudah bakar seperti kayu atau
papan lapis semasa meletak
kenderaan.
Jarak yang kurang mungkin meng-
akibatkan pengubahan warna atau
kecacatan pada bahan mudah
bakar atau kebakaran secara tiba-
tiba oleh gas ekzos.
Jangan memandu atau meletak
kereta anda ditempat yang mudah
terbakar seperti rumput, daun
kering, kertas atau carik.
Jauhkan bahan mudah terbakar
atau orang ramai dari sistem ekzos.
PEAIANGATAAN
Gas yang tidak terbakar yang dihasilkan oleh
penukar bermangkin boleh menyebabkan
penukar menjadi lebih panas yang boleh
mengakibatkan kebakaran.
Untuk mengelakkan kejadian ini dan
kerosakan yang lain, perhatikan perkara-
perkara berikut :
Jangan memandu kereta dengan aras
bahan api yang terlalu rendah.
Jangan hidupkan enjin pada tahap
kelajuan melahu laju untuk lebih dari
10 minit atau tahap kelajuan melahu
melebihi 20 minit.
Jangan matikan enjin semasa kereta
anda sedang bergerak.
Jangan hidupkan kereta secara
menolak atau menarik.
Elakkan memecut.
Gunakan minyak tanpa plumbum
sahaja.
Untuk memastikan enjin, penukar bermangkin
serta sistem pengawal pengeluaran asap
berada dalam keadaan yang betul,
pastikan anda mengikut semua pemeriksaan
berjadual yang ditetapkan di dalam jadual
penyelenggaraan Perodua.
Jika enjin kenderaan anda susah dihidupkan,
selalu mati, berbunyi/berdesing atau berbunyi
ketukan, dapatkan Pusat Servis Perodua
yang berdaftar untuk memeriksanya dengan
segera.
1–2

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents

Save PDF