Cecair Pendingin Enjin - PERODUA ALZA Owner's Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Cecair pendingin enjin

 M R AN
w
Berhati-hati agar anda tidak melecur
apabila membuka tutup radiator atau
palam pengalir.
PERIANG T AN
Ikuti arahan daripada pengeluar bahan
pendingin.
Untuk mengelakkan kakisan aluminium,
pastikan anda menggunakan bahan
pendingin jenis pelindung kakisan
yang berkualiti tinggi (berasaskan
ethylene glycol).
Bagi kepekatan bahan pendingin,
kekalkan pada 30% isipadu.
Untuk mencairkan bahan pendingin,
pastikan anda menggunakan air biasa
(air suling).
Jika bahan pendingin berkurangan dengan
ketara, dapatkan pemeriksaan di Pusat Servis
Perodua yang berdaftar.
14–7
Pemeriksaan aras bahan pendingin enjin
Periksa aras bahan pendingin pada tangki
simpanan apabila enjin sejuk.
Periksa sama ada arasnya berada antara
garisan "F (penuh)" dan "L (rendah)".
Jika aras bahan pendingin rendah
disebabkan oleh penyejatan semulajadi,
tambahkan air biasa sahaja. Jika jumlah isi
kandungan bahan pendingin berkurangan
tambahkan bahan pendingin tahan lama.
Jika aras bahan pendingin di tangki simpanan
berkurang, tambahkan bahan pendingin di
radiator dan tangki simpanan.
Lapkan bahan pendingin yang berlebihan
dan pasangkan semula tukup radiator dan
tangki simpanan dengan sempurna.
Penukaran bahan pendingin enjin
Bahan pendingin perlu ditukar pada satu
tempoh yang tetap.
Untuk kapasiti bahan pendingin, lihat
Seksyen 17.
 M R AN
w
Jangan buka tukup radiator atau
palam pengalir ketika enjin masih
panas.
Jangan sentuh kipas pendingin.
Kipas mungkin akan berpusing dan
merbahaya.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents

Save PDF