Bahasa Melayu - Philips FlexCare Platinum HX6972/38 User Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips!
Untuk memanfaatkan sepenuhnya sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftar produk anda di www.philips.com/welcome.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan manual tersebut untuk rujukan masa depan.
Bahaya
- Pastikan pengecas terletak jauh dari air. Jangan letak atau simpan
pengecas di atas atau berdekatan dengan air yang terkandung di
dalam tab mandi, besen air, sinki dan sebagainya. Jangan
direndamkan pengecas di dalam air atau mana-mana cecair lain.
Selepas membersihkan, pastikan pengecas telah kering
sepenuhnya sebelum anda menyambungkannya ke sesalur kuasa
utama.
Amaran
- Kord sesalur kuasa utama tidak boleh diganti. Jika kord sesalur
kuasa utama rosak, buang pengecasnya.
- Sentiasa pastikan pengecas digantikan dengan jenis yang asli
untuk mengelakkan bahaya.
- Jangan gunakan pengecas di luar atau berdekatan permukaan
panas.
- Jika perkakasnya rosak dalam apa-apa cara sekalipun (kepala
berus, pemegang berus gigi atau pengecas), berhenti
menggunakannya. Perkakas ini tidak mengandungi bahagian yang
boleh diservis. Jika perkakasnya rosak, hubungi Pusat Layanan
Pengguna di negara anda (lihat bab 'Jaminan dan sokongan').
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria
atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan
dengan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa
mereka tidak bermain dengan perkakas ini.

Bahasa Melayu

Bahasa Melayu
31

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents