Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips Sonicare 3000 Series Manual

Hide thumbs Also See for Sonicare 3000 Series:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
38

Bahasa Melayu

Pengenalan
Maklumat keselamatan penting
Amaran
Tahniah atas pembelian anda dan selamat
menggunakan Philips! Untuk memanfaatkan
sepenuhnya sokongan yang ditawarkan oleh Philips,
daftar produk anda di www.philips.com/welcome.
Hanya gunakan produk untuk tujuan penggunaan
produk ini. Baca maklumat penting ini dengan teliti
sebelum anda menggunakan produk dan bateri serta
aksesorinya, dan simpan untuk rujukan pada masa
hadapan. Penyalahgunaan boleh menyebabkan
bahaya atau kecederaan serius.
- Hanya mengecas dengan penyesuai Philips
WAA1001, WAA2001, UL atau penyesuai yang
diperakui selamat yang setara dengan pengadaran
input (100 - 240V ~; 50 / 60Hz; 3.5W) dan
pengadaran output (5Vdc; 2.5W). Untuk senarai
penyesuai, sila lihat Philips.com/support
- Pastikan pengecas berada jauh dari air.
- Pastikan pemegang kering sepenuhnya sebelum
anda menyambungkan pengecas USB.
- Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak
dan orang yang kurang upaya dari segi fizikal, deria
atau mental, atau kurang berpengalaman dan
pengetahuan jika mereka diberi pengawasan dan
arahan berkenaan penggunaan perkakas secara
selamat dan memahami bahaya yang mungkin
berlaku. Pembersihan dan penyelenggaraan oleh
pengguna tidak harus dilakukan oleh kanak-kanak
tanpa pengawasan.
- Kanak-kanak tidak sepatutnya bermain dengan
perkakas ini.
- Hanya gunakan aksesori atau barangan pakai
habis Philips yang tulen. Hanya gunakan pengecas
USB yang dibekalkan bersama produk.
Bahasa Melayu

Hide quick links:

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Sonicare 4000 series