Philips FlexCare Platinum HX6972/38 User Manual page 37

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Sensor Tekanan
Perubahan pada getaran (dan sedikit perubahan pada bunyi) akan
mengingatkan anda apabila anda mengenakan tekanan yang
terlampau semasa memberus. Lihat bab 'Ciri'.
Status bateri (apabila pemegang tidak berada pada
pengecas)
- 1 LED kuning menunjukkan cas rendah.
- 3 LED hijau menunjukkan cas penuh.
Catatan: Jika anda mendengar bunyi bip panjang dan LED kuning
penunjuk tahap bateri berkelip, berus gigi anda sudah kehabisan
bateri dan akan mati. Letakkan berus gigi tersebut pada pengecas
untuk mengecasnya semula.
Catatan: Untuk memastikan bateri dicas sepenuhnya pada setiap
masa, anda boleh membiarkan Philips Sonicare anda pada pengecas
apabila tidak digunakan.
Ciri
Sensor Tekanan
Model Philips Sonicare ini disediakan dengan ciri Sensor Tekanan
diaktifkan. Sensor Tekanan berfungsi pada ketiga-tiga model dan
pada ketiga-tiga paras kehebatan.
Mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri Sensor Tekanan
1 Sambungkan kepala berus pada pemegang.
2 Letakkan pemegang dalam pengecas atau sanitiser yang
dipalamkan.
- Untuk menyahaktifkan Sensor Tekanan:
Tekan dan pegang butang kuasa hidup/mati dan mod selama 2
saat. Anda mendengar 1 bunyi bip yang menandakan ciri Sensor
Tekanan telah dinyahaktifkan.
- Untuk mengaktifkan Sensor Tekanan:
Tekan dan pegang butang kuasa hidup/mati dan mod selama 2
saat. Anda mendengar 2 bunyi bip yang menandakan bahawa ciri
Sensor Tekanan telah diaktifkan.
Bahasa Melayu
37

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents