dji AGRAS T50 Manual page 42

Hide thumbs Also See for AGRAS T50:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 3
Ringkasan Keselamatan
TM
Pesawat AGRAS
T50/T25 bukan mainan dan tidak
sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.
Ambil perhatian bahawa bahagian Ringkasan Keselamatan
hanya memberikan gambaran ringkas tentang petua
keselamatan. Pastikan anda membaca serta memahami
dokumen ini dan Manual Pengguna Agras T50/T25.
1. Penggunaan Racun Perosak
• Elakkan penggunaan racun perosak serbuk sebanyak
mungkin dan bersihkan sistem penyemburan selepas
penggunaan. Jika tidak, hayat perkhidmatan sistem
penyemburan mungkin dikurangkan.
• Racun perosak adalah beracun dan menimbulkan risiko
serius kepada keselamatan. Hanya gunakannya mengikut
spesifikasi yang ketat.
• Sisa pada peralatan yang disebabkan oleh percikan atau
tumpahan apabila menuang dan mencampurkan racun
perosak boleh merengsakan kulit anda. Pastikan untuk
membersihkan peralatan selepas mencampurkan.
• Gunakan air bersih untuk mencampurkan racun perosak dan
menapis cecair campuran sebelum dituangkan ke dalam tangki
semburan untuk elakkan menyekat penapis. Kosongkan
sebarang penyumbatan sebelum menggunakan peralatan.
• Pastikan untuk berada di kawasan yang bertiup angin semasa
menyembur racun makhluk perosak untuk mengelakkan
kecederaan badan.
• Pakai pakaian pelindung untuk mengelakkan sentuhan badan
secara langsung dengan racun perosak. Bilas tangan dan
kulit anda selepas mengendalikan racun perosak. Bersihkan
pesawat dan alat kawalan jauh selepas menggunakan racun
perosak.
• Penggunaan racun perosak yang berkesan bergantung
kepada ketumpatan racun perosak, kadar semburan,
jarak semburan, kelajuan pesawat, kelajuan angin, arah
angin, suhu dan kelembapan. Pertimbangkan semua faktor
apabila menggunakan racun perosak tetapi JANGAN jejaskan
keselamatan manusia, haiwan atau alam sekitar dalam berbuat
begitu.
• JANGAN cemarkan sungai dan sumber air minuman.
• Pelupusan semburan lebihan: Merancang operasi semburan
membantu memastikan hanya racun perosak yang mencukupi
untuk kawasan yang akan dirawat dibeli dan jumlah larutan
semburan lebihan dikekalkan pada tahap minimum. Adalah
disyorkan bahawa sebarang lebihan semburan atau cecair
pencuci dalam tangki disapu pada tanaman. Pengguna juga
boleh mempertimbangkan untuk memasang saluran paip untuk
mengendalikan pelupusan cecair pencuci di dalam tangki.
• JANGAN gunakan asid kuat, bes kuat, cecair suhu tinggi atau
racun perosak yang dilarang secara jelas.
2. Pertimbangan Persekitaran
• Terbang di lokasi yang yang tidak mempunyai bangunan dan
halangan lain. JANGAN terbang di atas atau berhampiran
orang ramai.
• JANGAN terbang melebihi 4.5 km (14,763 kaki) di atas paras laut.
• Hanya terbang dalam keadaan cuaca sederhana dengan suhu
antara 0° hingga 45° C (32° hingga 113° F).
• Pastikan bahawa operasi anda tidak melanggar mana-mana
undang-undang atau peraturan yang berkenaan dan anda
telah memperoleh semua kebenaran terdahulu yang sesuai.
Rujuk agensi atau pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan atau
peguam anda sebelum penerbangan untuk memastikan anda
mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
• JANGAN kendalikan mana-mana bahagian pesawat di dalam
rumah.
3. Senarai Semak Prapenerbangan
Pastikan anda menyemak semua yang berikut:
• Alat kawalan jauh dan bateri pesawat dicas sepenuhnya.
• Semua bahagian adalah dalam keadaan baik. Gantikan
bahagian yang lama atau rosak sebelum penerbangan.
• Alat pendaratan dan tangki semburan berada kukuh di
tempatnya.
• Bebaling dan lengan rangka dibuka dan kunci lengan
diketatkan dengan kuat. Bebaling adalah dalam keadaan baik
dan diketatkan dengan kuat. Tidak terdapat apa-apa yang
menghalang motor dan bebaling.
• Kamera FPV dan sistem penglihatan binokular adalah bersih
dan dalam keadaan baik.
• Sistem penyemburan tidak disekat dan berfungsi dengan baik.
• Kompas ditentukur selepas diarahkan untuk berbuat sedemikian
dalam apl.
4. Penerangan Penarafan Perlindungan Kemasukan
Di bawah keadaan makmal yang stabil, modul teras pesawat
mempunyai penarafan perlindungan IP67 (IEC 60529). Walau
bagaimanapun, penarafan perlindungan ini tidak kekal
dan mungkin berkurangan dari semasa ke semasa selepas
penggunaan jangka panjang akibat penuaan dan haus. Waranti
produk tidak melindungi kerosakan air.
Penarafan perlindungan pesawat yang disebutkan di atas
mungkin menyusut dalam senario berikut:
• Terdapat perlanggaran dan struktur pengedap rosak.
• Struktur pengedap cangkerang retak atau rosak.
• Penutup kalis air tidak diikat dengan betul.
5. Operasi
• Jauhkan diri daripada bebaling dan motor yang berputar.
• Pastikan untuk terbang dengan berat pelepasan maks yang
ditentukan untuk mengelakkan potensi risiko keselamatan.
• Aplikasi DJI Agras secara bijak akan mengesyorkan had berat
muatan untuk tangki mengikut status semasa dan persekitaran
pesawat. JANGAN melebihi had berat muatan yang disyorkan
apabila menambah bahan ke tangki. Jika tidak, keselamatan
penerbangan mungkin terjejas.
• Kekalkan garis pandangan visual (VLOS) pesawat anda pada
setiap masa.
• JANGAN gunakan Perintah Batang Kombinasi (CSC) atau
kaedah lain untuk hentikan motor apabila pesawat berada di
udara kecuali dalam keadaan kecemasan.
• JANGAN jawab panggilan masuk semasa penerbangan. JANGAN
terbang di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
• Jika ada amaran bateri lemah, daratkan pesawat di lokasi yang
selamat.
• Jika modul radar dan sistem penglihatan binokular tidak
dapat berfungsi dengan baik dalam persekitaran operasi,
pesawat itu akan tidak dapat mengelakkan halangan semasa
Kembali Ke Tempat Mula (RTH). Yang boleh diselaraskan
hanyalah kelajuan dan ketinggian penerbangan, selagi alat
kawalan jauh masih disambungkan.
• Selepas mendarat, hentikan motor, matikan pesawat
dan matikan alat kawalan jauh. Jika tidak, pesawat boleh
memasuki RTH Gagal Selamat secara automatik kerana
kehilangan isyarat alat kawalan jauh.
• Kekalkan kawalan penuh ke atas pesawat pada setiap
masa dan jangan bergantung pada aplikasi DJI Agras. Fungsi
pengelakan halangan dilumpuhkan dalam situasi tertentu.
Kekalkan pesawat dalam VLOS dan berikan perhatian penuh
terhadap penerbangannya. Gunakan budi bicara anda
untuk mengendalikan pesawat dan mengelak halangan
secara manual tepat pada masanya. Adalah penting untuk
menetapkan ketinggian Penerbangan dan RTH yang sesuai
sebelum setiap penerbangan.
6. Penyelenggaraan dan Senggaraan
• JANGAN gunakan bebaling yang sudah lama, pecah atau patah.
• Untuk mengelakkan kerosakan gear pendaratan, keluarkan
atau kosongkan tangki semburan semasa pengangkutan atau
apabila tidak digunakan.
• Suhu penyimpanan yang disyorkan (apabila tangki semburan,
meter aliran, pam dan hos kosong): antara -20° dan 40° C
(-4° dan 104° F).
• Bersihkan pesawat dengan segera selepas semburan. Periksa
pesawat dengan kerap. Rujuk bahagian Penjagaan Produk
untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang garis panduan
penyelenggaraan.
7. Patuhi Undang-undang dan Peraturan Tempatan
• Anda boleh mendapati senarai zon GEO DJI
https://fly-safe.dji.com. Ambil perhatian bahawa zon GEO DJI
bukanlah pengganti kepada peraturan kerajaan tempatan atau
pertimbangan yang baik.
• Elakkan terbang pada ketinggian melebihi 100 m (328 kaki).*
* Had ketinggian terbang berbeza-beza di negara atau wilayah yang
berbeza. Pastikan anda terbang pada ketinggian yang digariskan oleh
undang-undang dan peraturan tempatan.
TM
di
41

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Agras t25

Table of Contents