•
Kebanyakan kemalangan melibatkan
penunggang yang tidak berpengalam-
an. Pada hakikatnya, kebanyakan pe-
nunggang yang terlibat dalam kema-
langan tidak mempunyai lesen me-
nunggang motosikal.
•
Pastikan bahawa anda berkelayakan
dan meminjamkan motosikal hanya
kepada pengendali yang berkelayak-
an sahaja.
•
Ketahui kemahiran dan had anda.
Mengekalkan had anda akan dapat
mengelakkan diri dari kemalangan.
•
Kami mengesyorkan bahawa anda
berlatih menunggang motosikal anda
di mana tiada lalu lintas sehingga
anda menjadi begitu biasa dengan
motosikal dan semua kawalannya.
•
Kebanyakan kemalangan yang berlaku
disebabkan kesilapan penunggang
motosikal. Kesalahan yang sering di-
lakukan oleh penunggang motosikal
ialah mengubah haluan dari jarak jauh
dengan membelok dengan kelajuan
tinggi atau di luar kawalan (tidak cukup
kecondongan sudut dalam kelajuan).
•
Sentiasa mematuhi had laju dan
jangan memandu dengan kelajuan
lebih daripada yang dibenarkan di
jalan raya dan keadaan lalu lintas.
•
Sentiasa memberikan lampu isyarat
sebelum membelok atau menukar
laluan. Pastikan pemandu lain boleh
melihat anda.
•
Cara duduk tubuh badan penunggang
dan penumpang adalah penting untuk
kawalan yang betul.
•
Penunggang harus sentiasa mene-
tapkan kedudukan kedua-dua tangan
di pemegang bar dan kedua-dua kaki
di tempat rehat kaki penunggang
semasa pengedalian untuk menge-
kalkan kawalan motosikal.
•
Penumpang harus sentiasa meme-
gang penunggang, tali tempat duduk
atau palang pemegang, jika ada,
dengan kedua-dua tangan dan ke-
dua-dua kaki sentiasa letak di atas
tempat rehat kaki penumpang.
Jangan memulakan perjalanan se-
hingga penumpang meletakkan kaki
di tempat rehat kaki dengan kemas.
•
Jangan menunggang di bawah pe-
ngaruh alkohol atau dadah.
•
Motosikal ini direka untuk kegunaan
di jalan raya sahaja. Ia tidak sesuai
untuk kegunaan di luar jalan raya.
1-2
Maklumat Keselamatan
Pemakaian Perlindungan
Kebanyakan kematian yang berlaku dalam
kemalangan motosikal adalah disebabkan
oleh kecederaan pada bahagian kepala.
Penggunaan topi keledar keselamatan ada-
lah satu faktor penting dalam mengelakkan
atau mengurangkan kecederaan kepala.
•
Sentiasa memakai topi keledar yang
diluluskan.
•
Memakai pelindung muka atau kaca
mata. Angin yang masuk ke dalam mata
tanpa pelindungan boleh mengaburi
penglihatan daripada melihat keadaan
yang berbahaya.
•
Penggunaan jaket, but yang berat, seluar
panjang, sarung tangan, dan lain-lain
adalah berkesan untuk mengelakan atau
mengurangkan calar atau luka.
•
Jangan memakai pakaian yang longgar,
ianya boleh mempengaruhi kawalan tuil,
kedudukan kaki, atau roda dan akan
menyebabkan kecederaan atau kema-
langan.
•
Sentiasa memakai pakaian yg dapat
melindungi kaki, buku lali dan tapak kaki.
Enjin dan ekzos akan menjadi panas
apabila atau selepas motosikal diguna-
kan dan boleh menyebabkan melecur.
•
Penumpang juga haruslah mematuhi
arahan keselamatan di atas.
1