Pengadun
W Risiko kecederaan daripada bilah
tajam /pemacu berputar!
Jangan sekali-kali meletakkan jari
di dalam pengadun yang terpasang!
Jangan menanggalkan / memasang
pengadun sehingga pemacu telah berhenti
sepenuhnya! Jangan menghidupkan
peralatan sehingga pengadun telah diskru
disemua bahagian dan penutup alat pemacu
(7) telah disisipkan.
W Risiko melecur
Apabila memproses cecair panas, stim
keluar melalui corong pada tudung.
Masukkan 0.75 liter maksimum cecair panas
atau menggelegak.
Amaran!
Kendalikan pengadun pada kedudukan
kendalian yang telah ditunjukkan sahaja.
Kendalikan hanya pengadun yang telah
dipasang dan dengan tudung yang telah
disisipkan. Tudung mestilah dikunci dengan
betul. Jangan mengendalikan pengadun
yang kosong.
Penyediaan
Rajah G:
Amaran!
Jangan sesekali memasang pengadun tanpa
penutup di atas pemegang pengadun.
Memasang balik pengadun:
■ Sisipkan pemegang pengadun dengan
penutup ke dalam jag pengadun, bagi
memastikan garis berada di bawah anak
panah.
■ Pasangkan pemegang pengadun
dengan memutarkannya seboleh
mungkin ke kanan.
Bekerja dengan pengadun
Rajah F:
■ Tekan butan Pelepas dan
gerakkan lengan multifungsi ke
kedudukan 5.
■ Tutup pemacu yang tidak digunakan
dengan penutup pemacu.
■ Tanggalkan penutup pemacu pengadun.
■ Pasang jag pengadun (tanda pada
pemegang di atas tanda pada unit asas)
dan pusing sepenuhnya ke arah lawan jam.
■ Tambah ramuan.
– J umlah maksimum
ramuan cecair
= 1.75 liter;
– J umlah maksimum
cecair mendidih atau panas
= 0.75 liter;
– J umlah pemprosesan optimum
bagi ramuan pepejal
= 100 gram.
■ Pasangkan penutup dan pusing arah
lawan jam sepenuhnya pada pemegang
pengadun. Penutup mestikan dikunci
pada kedudukan.
■ Tetapkan suis putar pada tetapan yang
dikehendaki.
Menambah lebih banyak ramuan
Rajah F-8:
■ Matikan peralatan dengan menggunakan
suis putar.
■ Buka tudung dan tambah ramuan.
atau
■ tanggalkan corong dan secara beransur-
ansur tambah ramuan pepejal melalui
bukaan isi semula.
atau
■ tuangkan ramuan cecair melalui corong.
Maklumat penting
Apabila memproses cecair / ramuan cecair
tingkatkan kelajuan peralatan perlahan-lahan
secara berperingkat bagi mengelakkan
makanan terpercik keluar.
Selepas menggunakan peralatan
■ Matikan peralatan dengan menggunakan
suis putar. Tunggu sehingga pengadun
telah berhenti sepenuhnya.
■ Cabut palam sesalur.
■ Putar pengadun ke arah jam dan
tanggalkannya.
■ Buka tudung jag pengadun.
■ Putar tudung ke arah lawan jam dan
tanggalkannya.
■ Bersihkan semua bahagian, lihat
"Pembersihan dan servis".
Tip: Adalah disyorkan supaya pengadun
dicuci serta-merta selepas digunakan.
Mangkuk dan alat
ms
25