Bosch MUM XL...GB Instruction Manual page 19

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Untuk keselamatan anda
Arahan keselamatan umum
A Risiko kejutan elektrik
Peralatan tidak harus digunakan oleh kanak-kanak. Peralatan dan 
kord kuasa mesti dijauhkan daripada kanak-kanak.
Peralatan boleh digunakan oleh orang yang kurang keupayaan fizikal, 
deria atau mental atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, jika 
mereka telah diberi penyeliaan atau arahan berkenaan penggunaan 
peralatan dengan cara yang selamat dan jika mereka memahami 
bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan 
peralatan.
Matikan peralatan dan cabut palam daripada bekalan kuasa sebelum 
menukar aksesori atau menghampiri bahagian yang bergerak ketika 
penggunaan.
Sambung dan kendalikan peralatan hanya mengikut spesifikasi pada 
plat kadaran. Gunakan di dalam bangunan sahaja. Jangan gunakan 
peralatan jika kord kuasa dan/atau peralatan telah rosak.
Sentiasa cabut palam peralatan daripada bekalan, jika ia ditinggalkan 
tanpa dijaga dan sebelum memasang, menyahpasang atau 
membersihkannya.
Jangan letakkan kord kuasa pada pinggir yang tajam atau permukaan 
yang panas.
Untuk mengelakkan kecederaan, kord kuasa yang rosak mestilah 
digantikan oleh pengeluar atau perkhidmatan pelanggannya atau 
orang yang sama kelayakannya.
Hanya perkhidmatan pelanggan kami boleh membaiki peralatan.
Arahan keselamatan untuk peralatan ini
A Risiko kecederaan
A Risiko kejutan elektrik
Jangan memasukkan palam sesalur sehingga semua persiapan 
untuk bekerja dengan peralatan telah lengkap.
Jangan sekali-kali merendam unit asas di dalam cecair atau 
meletakkannya di bawah air yang mengalir. Jangan gunakan 
pembersih stim.
Jangan melaraskan lengan pemutar ayun multifungsi semasa 
peralatan sedang hidup. Tunggu sehingga pemacu telah berhenti 
sepenuhnya. Jangan menukar alat / aksesori sehingga pemacu telah 
berhenti sepenuhnya – apabila peralatan dimatikan, pemacu akan 
terus bergerak sejenak.
Hanya gunakan suis putar untuk menghidupkan atau mematikan 
peralatan.
Apabila peralatan ini tidak digunakan, tarik keluar palam sesalur.
Sebelum membaiki kerosakan, tarik keluar palam sesalur.
19

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents