Pengendalian
W Risiko kecederaan
Jangan memasukkan palam sesalur
sehingga semua persiapan untuk bekerja
dengan peralatan telah lengkap.
Amaran!
Jangan mengendalikan peralatan tanpa
aksesori / alat berada pada kedudukan
pengendaliannya. Jangan mengendalikan
peralatan yang kosong. Jangan
mendedahkan peralatan atau aksesori
kepada punca haba. Bahagian tidak sesuai
untuk gelombang mikro.
■ Sebelum mengendalikan peralatan
dan aksesori untuk kali pertama,
bersihkannya dengan teliti, lihat
"Pembersihan dan servis".
Penyediaan
■ Letakkan unit asas pada permukaan
yang rata dan bersih.
■ Sediakan kabel (Rajah C).
a) Peralatan dengan penyimpan kord:
Tarik keluar kabel sehingga panjang
yang dikehendaki.
b) Peralatan dengan penggulung kord
automatik:
Tarik keluar kabel sekaligus sehingga
panjang yang dikehendaki (maks
100 cm) dan lepaskan dengan
perlahan; kord dikunci.
Mengurangkan panjang kord:
Tarik kord dengan berhati-hati dan
biarkan ia untuk gulung sehingga
panjang yang dikehendaki. Kemudian
tarik kord sekali lagi dengan berhati-
hati dan lepaskan dengan perlahan;
kabel dikunci.
Amaran!
Jangan pulas kord semasa
memasukkannya. Sekiranya peralatan
mempunyai ciri penggulung automatik,
jangan masukkan kord secara manual.
Sekiranya kord tersekat, tarik keluar kord
sehingga habis dan kemudian biarkannya
untuk gulung.
Mangkuk dan alat
W Risiko kecederaan daripada alat yang
berputar
Semasa peralatan sedang dikendalikan,
jauhi jari dari mangkuk adun. Sisipkan
penutup (12) sebelum mengendalikan
peralatan! Jauhi tangan dari bahagian
berputar. Jangan menukar alat sehingga
pemacu telah berhenti sepenuhnya –
apabila peralatan dimatikan, pemacu
akan terus bergerak sejenak dan berhenti
pada kedudukan tukar alat. Jangan
menggerakkan lengan multifungsi sehingga
alat itu berhenti sepenuhnya.
Atas sebab keselamatan, peralatan tidak
boleh dikendalikan pada kedudukan 2-4
sehingga mangkuk telah disisipkan dan
diputarkan sepenuhnya atau penutup
pemacu alat (7) telah dipasang.
Amaran!
Gunakan mangkuk yang disertakan dengan
peralatan ini sahaja. Masukkan alat dengan
perlahan ke dalam pemacu sehingga ia
dikunci kedudukannya.
Pengacau "Absolute" (14)
untuk mengacau doh, contohnya
campuran span atau mousse, dan
untuk lipatan dalam putih telur atau krim
yang telah dipukul.
Pemukul logam padu (15)
untuk memukul putih telur, krim dan
doh ringan, contohnya campuran
span.
Cangkuk uli "High performance"
dengan pemesong doh (16)
untuk menguli doh berat dan
mengadun ramuan yang tidak perlu dipotong
(contohnya kismis dan cip coklat).
Maklumat penting berkaitan
penggunaan pemukul
Rajah D:
Pemukul sepatutnya tidak mencecah
bahagian bawah mangkuk untuk mencampur
ramuan dengan sekata. Pemukul boleh
berada pada kedudukan yang lebih tinggi
bagi kuantiti besar.
ms
Pengendalian
23