Untuk Keselamatan Anda - Bosch MUM XL...GB Instruction Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms

Untuk keselamatan anda

Tahniah kerana membeli peralatan Bosch
baru anda.
Dengan ini, anda telah memilih peralatan
domestik yang moden dan bermutu tinggi.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut
tentang produk kami di halaman web kami.
Untuk keselamatan anda
Sebelum penggunaan, sila baca arahan ini dengan teliti untuk
membiasakan diri dengan arahan penting tentang keselamatan dan
pengendalian peralatan ini.
Jika arahan bagi penggunaan peralatan yang betul tidak dipatuhi,
liabiliti pengeluar bagi apa-apa kerosakan yang terjadi akan
dikecualikan.
Peralatan ini direka bentuk untuk memproses kuantiti isi rumah
biasa di rumah atau kuantiti yang serupa dalam penggunaan bukan
perindustrian. Penggunaan bukan perindustrian termasuklah seperti
penggunaan dalam dapur pekerja di kedai, pejabat, pertanian dan
perniagaan komersial yang lain, dan juga digunakan oleh tetamu di
rumah penginapan, hotel kecil dan tempat kediaman yang serupa.
Guna peralatan untuk memproses kuantiti makanan yang biasa
untuk kegunaan domestik. Jangan melebihi kuantiti maksimum yang
dibenarkan (lihat "Contoh penggunaan").
Peralatan ini sesuai untuk mengadun, menguli dan memukul
makanan. Ia tidak boleh digunakan untuk memproses objek atau
bahan lain. Penggunaan lain boleh dilakukan sekiranya aksesori yang
digunakan telah diluluskan oleh pengeluar.
Gunakan peralatan dengan aksesori asal sahaja. Apabila
menggunakan aksesori, ikuti arahan pengendalian yang dilampirkan.
Sila simpan Arahan pengendalian di tempat yang selamat. Jika
peralatan diserahkan kepada pihak ketiga, Arahan pengendalian
hendaklah sentiasa disertakan.
18
Kandungan
Untuk keselamatan anda ........................... 18
Sistem keselamatan . .................................. 21
Gambaran keseluruhan ............................. 21
Kedudukan pengendalian .......................... 22
Pengendalian ............................................. 22
Mangkuk dan alat . ...................................... 23
Pembersihan dan servis ............................ 26
Penyelesaian masalah . .............................. 26
Contoh penggunaan .................................. 27
Arahan tentang pelupusan . ........................ 30
Syarat-syarat waranti ................................. 30
Aksesori pilihan .......................................... 31

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents