PERODUA Kancil Owner's Manual page 248

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Syarat-syarat penyelenggaraan
(Peringatan Am)
1. Servis penyelenggaraan berjadual
adalah penting untuk memastikan
pemanduan yang bebas daripada
masalah, selamat dan menjimatkan.
Kegagalan untuk menyelenggara ken­
deraan anda dengan sempurna akan
menyebabkan kemalangan atau kero­
sakan kepada kenderaan anda.
2. Jika anda melakukan penyelenggaraan
berkala, pemilik kenderaan Perodua
akan dapat mengurangkan kejadian
kemalangan atau kerosakan kenderaan.
la juga membantu anda mengesan
kerosakan pada peringkat awal yang
mungkin boleh membawa kepada
kerosakan lebih serius. Oleh itu,
kerosakan kereta dapat dielakkan atau
dikurangkan.
3. Dengan itu, semua pemilik kenderaan
Perodua patut membawa kenderaan
anda ke pusat-pusat servis Perodua
yang dilantik untuk melakukan penye­
le ng g araan berkala yang boleh
membantu melindungi daripada kema­
lan gan atau masalah yang tidak
dijangka.
4. Untuk mencegah kerosakan pada
peringkat awal, melakukan penye­
lenggaraan berjadual sahaja belum
1?-1
mencukupi. Adalah penting bagi pemilik
itu sendiri melakukan penyelenggaraan,
termasuklah seperti pemeriksaan pada
pra-permulaan seperti yang terdapat di
dalam buku panduan pemilik. Oleh itu,
kenderaan boleh dielakkan daripada
kejadian atau perubahan yang tidak
normal. Pemilikjuga patut mendapatkan
nasihat daripada penasihat servis di
pusat servis Perodua mengenai
keperluan penyelenggaraan kenderaan
anda. Pastikan anda menggantikan
komponen yang disyorkan secara
berkala pada jangkamasa penukaran
penggantian berkala.
5. Waiau bagaimanapun, kerosakan juga
boleh berlaku pada kenderaan yang
sentiasa diperiksa oleh pemilik. Sebagai
contoh, terdapat kes di mana kerosakan
berlaku secara tiba-tiba walaupun tiada
sebarang kerosakan berlaku sehingga
semalam/kelmarin. Perkara ini boleh
berlaku jika sesuatu komponen yang
disyorkan untuk ditukar secara berkala,
sedangkan ia masih digunakan
melebihi masa berkenaan dan jangka
hayat komponen telah tamat. Untuk
mengelakkan kerosakan seperti ini pada
peringkat lebih awal, pastikan anda
menukarkan komponen yang disyorkan
itu secara berkala pada jangkamasa
penukaran berkala berkenaan.
6. Seksyen ini menerangkan perkara­
perkara yang terdapat pada servis
penyelenggaraan berjadual yang
disyorkan oleh Perodua dan selang
masanya. Pastikan and a meneliti jadual
penyelenggaraan tersebut.
7. Kami di Perodua menawarkan satu pe­
meriksaan apabila kenderaan baru
anda telah dikendalikan sehingga 1,000
km (600 batu) sejak tarikh pendaftaran.
Sila ambil perhatian bahawa turas dan
pelincir adalah di bawah tanggungan
anda. Sila bawa kenderaan baru anda
kepada wakil jualan Perodua bagi
perkhidmatan pemeriksaan percuma
yang penting ini.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

L200L201

Table of Contents