Download Print this page

Cochlear Baha 5 User Manual page 66

Hide thumbs Also See for Baha 5:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
NOTA:
Peralatan ini telah diuji dan didapati
mematuhi had bagi peranti digital
Kelas B, menurut bahagian 15
Peraturan FCC. Had ini direka
untuk memberikan perlindungan
secukupnya terhadap gangguan
yang memudaratkan dalam
pemasangan kediaman. Peranti ini
menjana, menggunakan dan boleh
memancarkan tenaga frekuensi
radio dan jika tidak dipasang dan
digunakan mengikut arahan,
boleh menyebabkan gangguan
yang memudaratkan komunikasi
radio. Walau bagaimanapun,
tiada jaminan bahawa gangguan
tersebut tidak akan berlaku dalam
pemasangan tertentu. Jika peralatan
ini menyebabkan gangguan yang
memudaratkan terhadap penerimaan
radio atau televisyen, yang dapat
ditentukan dengan mematikan dan
menghidupkan semula peralatan ini,
pengguna digalakkan untuk cuba
membetulkan gangguan dengan satu
atau beberapa langkah yang berikut:
• Tukar arah atau kedudukan antena
penerima.
• Tambahkan jarak di antara
peralatan dengan penerima.
• Sambungkan alat ini pada salur
keluar dengan litar yang berbeza
daripada salur keluar yang
disambungkan penerima.
• Hubungi penjual atau juruteknik
radio/TV yang berpengalaman
untuk bantuan.
• Perubahan atau pengubahsuaian
boleh membatalkan kuasa
pengguna untuk mengendalikan
peralatan.
66
Penggunaan yang dimaksudkan
Pemproses Bunyi Cochlear™ Baha
menggunakan konduksi tulang untuk
menghantar bunyi ke koklea (telinga
dalam). Alat ini dimaksudkan untuk
orang yang mempunyai kehilangan
pendengaran konduktif, kehilangan
pendengaran bercampur dan kepekakan
saraf deria sisi tunggal (SSD). Tambahan
pula, alat ini dimaksudkan untuk penerima
bilateral dan pediatrik. Julat pemasangan
hingga 45 dB SNHL. Alat ini berfungsi
dengan menggabungkan pemproses
bunyi dan implan titanium kecil yang
diletakkan pada tengkorak di belakang
telinga. Tulang tengkorak bergabung
dengan implan titanium melalui proses
yang dipanggil oseointegrasi. Proses ini
membolehkan bunyi dihantar melalui
tulang tengkorak terus ke koklea, yang
meningkatkan prestasi pendengaran.
Pemproses bunyi boleh digunakan
bersama dengan Baha Softband.
Pemasangan perlu dilakukan sama ada
di hospital, oleh ahli audiologi atau di
sesetengah negara oleh profesional
penjagaan pendengaran.
Senarai negara:
Tidak semua produk tersedia di semua
pasaran. Ketersediaan produk tertakluk
pada kelulusan kawal selia di pasaran itu
sendiri.
Produk ini mematuhi keperluan kawal
selia yang berikut:
Di EU: peranti ini mematuhi Keperluan
Penting menurut Lampiran I Arahan
Majlis 93/42/EEC untuk peranti
perubatan (MDD) serta keperluan
penting dan peruntukan lain yang
5
®

Advertisement

loading