Download Print this page

Cochlear Baha 5 User Manual page 58

Hide thumbs Also See for Baha 5:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Menggunakan pemproses
bunyi anda
Butang pada pemproses bunyi
membolehkan anda membuat pilihan
daripada program praset anda dan
mendayakan/menyahdayakan penstriman
tanpa wayar. Anda boleh memilih untuk
mendayakan penunjuk audio untuk
memberitahu anda tentang perubahan
pada tetapan dan status pemproses.
Pemproses bunyi anda diprogramkan
untuk digunakan sebagai peranti sebelah
kiri atau sebelah kanan. Profesional
penjagaan pendengaran anda akan
menandakan pemproses anda dengan
penunjuk L atau R.
Sekiranya anda pengguna bilateral,
perubahan yang anda buat pada satu
peranti akan digunakan pada peranti
kedua secara automatik.
Hidup/mati
Lihat rajah 2
1. Hidupkan pemproses bunyi anda
dengan menutup petak bateri
sepenuhnya.
2. Matikan pemproses bunyi anda
dengan membuka petak bateri
secara perlahan-lahan sehingga anda
merasakan "klik" yang pertama.
Apabila pemproses bunyi anda dimatikan,
kemudian dihidupkan semula, pemproses
bunyi akan kembali kepada tetapan lalai
(program satu).
58
Penunjuk status
Lihat rajah 3
Pemproses bunyi anda dilengkapi
penunjuk boleh didengar. Untuk
gambaran keseluruhan tentang penunjuk
boleh didengar, rujuk jadual di belakang
bahagian ini.
Profesional penjagaan pendengaran anda
boleh menyahdayakan penunjuk audio
jika anda mahu.
Ubah program/penstriman
Lihat rajah 4
Bersama-sama dengan profesional
penjagaan pendengaran anda, anda akan
memilih hingga empat program praset
untuk pemproses bunyi anda:
Program 1: _______________________________
Program 2: _______________________________
Program 3: _______________________________
Program 4: _______________________________
Program tersebut sesuai untuk persekitaran
pendengaran yang berbeza. Minta
profesional penjagaan pendengaran
anda untuk mengisi program yang khusus
untuk anda.
Untuk menukar program, tekan dan
lepaskan butang pada pemproses bunyi
anda. Jika didayakan, penunjuk audio akan
memberitahu anda program yang sedang
digunakan:
Program 1: 1 bip
Program 2: 2 bip
Program 3: 3 bip
Program 4: 4 bip

Advertisement

loading