Download Print this page

Cochlear Baha 5 User Manual page 64

Hide thumbs Also See for Baha 5:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Nasihat umum
Pemproses bunyi tidak akan
mengembalikan pendengaran normal dan
tidak akan mencegah atau memperbaik
kecacatan pendengaran yang disebabkan
oleh keadaan biologi.
Pengguna mungkin tidak dapat meraih
manfaat penuh daripada pemproses
bunyi yang jarang digunakan.
Penggunaan pemproses bunyi
hanyalah sebahagian daripada
pemulihan pendengaran dan mungkin
perlu ditambah dengan latihan
auditori dan bacaan gerak bibir.
Amaran
Mengandungi bahagian kecil yang
boleh menyebabkan bahaya tercekik.
Pengawasan orang dewasa disyorkan
apabila digunakan oleh kanak-kanak
Pemproses bunyi dan aksesori
luaran lain tidak boleh sekali-kali
dibawa masuk ke dalam bilik yang
mengandungi mesin MRI kerana ini
boleh menyebabkan kerosakan pada
pemproses bunyi atau peralatan MRI.
Pemproses bunyi mesti ditanggalkan
sebelum memasuki bilik yang
menempatkan pengimbas MRI.
64
Nasihat
Pemproses bunyi merupakan
peralatan perubatan digital dan
elektrik yang direka untuk kegunaan
tertentu. Oleh itu, pengguna mestilah
sentiasa menjaga dan memberikan
perhatian yang sewajarnya pada
pemproses bunyi.
Pemproses bunyi tidak kalis air!
Jangan sekali-kali memakai pemproses
bunyi dalam hujan lebat, di tab mandi
atau di bawah pancuran air!
Jangan dedahkan pemproses bunyi
kepada suhu melampau. Pemproses
bunyi direka untuk beroperasi dalam
julat suhu +5 °C (+41 °F) hingga
+40 °C (+104 °F). Khususnya, prestasi
bateri akan merosot
pada suhu bawah
+5 °C. Pemproses
tidak boleh
didedahkan kepada
suhu bawah -20 °C
(-4 °F) atau melebihi
+50 °C (+122 °F).
Produk ini tidak sesuai digunakan
dalam persekitaran yang mudah
terbakar dan/atau meletup.
Jika anda akan menjalani prosedur
MRI (Pengimejan Resonans Magnetik),
rujuk Kad Rujukan MRI yang
disertakan dalam pek dokumen.
Alat komunikasi mudah alih RF
(frekuensi radio) boleh menjejaskan
prestasi pemproses bunyi anda.
Pemproses bunyi sesuai digunakan
dalam persekitaran elektromagnet
yang mempunyai sesalur kuasa
dengan kualiti yang biasanya terdapat
di bangunan komersial atau hospital,
dan medan magnet frekuensi kuasa
pada paras lazim di bangunan
komersial atau hospital. Alat ini
dimaksudkan untuk digunakan dalam
+50 °C
(+122 °F)
-20 °C
(-4 °F)

Advertisement

loading