Download Print this page

Cochlear Baha 5 User Manual page 61

Hide thumbs Also See for Baha 5:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Untuk menggunakan pintu bateri
tahan usik:
Lihat rajah 9
Untuk membuka kunci peranti,
masukkan muncung pen dengan
berhati-hati ke dalam lubang kecil
pada pintu bateri dan buka petak
bateri dengan perlahan-lahan.
Untuk menutup peranti, tutup
petak bateri dengan perlahan-lahan
sehingga tertutup sepenuhnya.
Sebelum guna, pastikan pintu bateri
tahan usik dikunci.
AMARAN:
Bateri boleh memudaratkan jika
tertelan, diletakkan ke dalam
hidung atau telinga. Pastikan
anda menjauhkan bateri daripada
jangkauan kanak-kanak kecil dan
penerima lain yang memerlukan
pengawasan. Sebelum digunakan,
pastikan pintu bateri tahan usik
dikunci dengan betul. Sekiranya
tertelan bateri atau bateri tersumbat
di dalam hidung atau telinga, dapatkan
bantuan perubatan dengan segera di
pusat kecemasan yang terdekat.
Memasang tali keselamatan
Lihat rajah 6
Sebelum menyambungkan pemproses
bunyi anda, pasangkan tali keselamatan
dan klipkan pada kemeja atau jaket anda.
Cochlear mengesyorkan agar anda
memakai tali keselamatan semasa
melakukan aktiviti fizikal. Kanak-kanak
hendaklah menggunakan tali keselamatan
pada setiap masa.
Penjagaan umum
Pemproses bunyi Baha anda merupakan
peranti elektronik yang sensitif. Ikut garis
panduan ini untuk memastikan pemproses
bunyi anda terus berfungsi dengan baik:
Apabila tidak digunakan, matikan
pemproses bunyi anda dan simpan
di tempat yang bebas daripada debu
dan kotoran.
Jika anda tidak bercadang untuk
menggunakan pemproses bunyi anda
untuk tempoh yang lama, keluarkan
bateri.
Semasa melakukan aktiviti fizikal,
kukuhkan kedudukan pemproses
bunyi anda dengan menggunakan tali
keselamatan.
Tanggalkan pemproses bunyi anda
sebelum memakai perapi rambut,
bahan penghalau nyamuk dan atau
produk yang serupa.
Elakkan daripada mendedahkan
pemproses bunyi anda kepada suhu
yang melampau.
Pemproses bunyi anda tidak kalis air.
Jangan gunakan semasa berenang
dan elakkan daripada terdedah
kepada hujan lebat.
Untuk membersihkan pemproses
bunyi dan pengganding detap, gunakan
Kit pembersihan pemproses bunyi Baha.
Jika pemproses bunyi menjadi sangat
basah
1. Buka pintu bateri dan tanggalkan
bateri dengan serta-merta.
2. Letakkan pemproses bunyi anda di
dalam bekas yang mengandungi
kapsul pengering seperti Dri-Aid Kit
dsb. Biarkan kering semalaman. Kit
pengering boleh didapati daripada
kebanyakan profesional penjagaan
pendengaran.
Melayu
61

Advertisement

loading