Download Print this page

Cochlear Baha 5 User Manual page 65

Hide thumbs Also See for Baha 5:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
persekitaran elektromagnet yang
mengandungi gangguan RF (frekuensi
radio) terpancar yang dikawal.
Gangguan boleh berlaku berhampiran
dengan alat yang memaparkan simbol
seperti yang ditunjukkan di sebelah
kanan.
Lupuskan bateri dan
barangan elektronik
mengikut undang-undang
tempatan anda.
Lupuskan peranti anda sebagai sisa
elektronik mengikut undang-undang
tempatan.
Apabila fungsi tanpa wayar diaktifkan,
pemproses bunyi akan menggunakan
pemancaran berkod digital yang
berkuasa rendah untuk berkomunikasi
dengan peranti tanpa wayar yang lain.
Walaupun mungkin tidak akan berlaku,
peranti elektronik yang berdekatan
mungkin akan terjejas. Dalam situasi
ini, pindahkan pemproses bunyi jauh
daripada peranti elektronik yang terjejas.
Sekiranya kefungsian tanpa wayar
digunakan dan pemproses bunyi
terjejas oleh gangguan elektromagnet,
jauhi sumber gangguan ini.
Pastikan kefungsian tanpa wayar
dinyahaktifkan semasa menaiki kapal
terbang.
Matikan kefungsian tanpa wayar anda
menggunakan mod penerbangan di
kawasan larangan pancaran frekuensi
radio.
Peranti tanpa wayar Cochlear
Baha mengandungi pemancar
RF yang beroperasi dalam julat
2.4 GHz–2.48 GHz.
Untuk kefungsian tanpa wayar,
gunakan aksesori Tanpa Wayar
Cochlear sahaja. Untuk panduan
lanjut tentang contohnya, menjadikan
berpasangan, sila rujuk panduan
pengguna bagi aksesori Tanpa Wayar
Cochlear yang berkenaan.
Sebarang pengubahsuaian pada
peralatan ini tidak dibenarkan.
Peralatan komunikasi RF mudah
alih (termasuk peralatan tambahan
seperti kabel antena dan antena
luaran) mestilah digunakan pada
jarak sekurang-kurangnya 30 cm
(12 in.) dari mana-mana bahagian
Baha 5 anda, termasuk kabel yang
ditetapkan oleh pengeluar. Jika tidak,
prestasi kelengkapan ini mungkin
akan merosot.
Penggunaan aksesori, transduser
dan kabel selain yang ditentukan
atau disediakan oleh Cochlear
boleh menyebabkan peningkatan
pengeluaran pancaran elektromagnet
atau pengurangan ketahanan
elektromagnet bagi peralatan ini dan
mengakibatkan pengendalian yang
tidak betul.
Penentuan jenis pemproses bunyi
untuk model yang disertakan dalam
Buku Panduan Pengguna ini ialah:
ID FCC: QZ3BAHA5, IC: 8039C-BAHA5,
model IC: Baha
5.
®
Pernyataan:
Peranti ini mematuhi Bahagian 15
Peraturan FCC. Pengendalian peranti
ini tertakluk pada dua syarat: (1) peranti
ini tidak akan menyebabkan gangguan
yang memudaratkan dan (2) peranti ini
mesti menerima mana-mana gangguan
yang diterima, termasuk gangguan
yang mungkin akan mengakibatkan
pengendalian yang tidak diingini.
Melayu
65

Advertisement

loading