ResMed NV Elbow F20 User Manual page 119

Non-vented
Hide thumbs Also See for NV Elbow F20:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
AMARAN AM
asfiksia (AAV). Topeng ini mesti digunakan dengan litar ventilasi tidak invasif (NIV) dengan
sistem ekzos atau Ventilator Tekanan Positif dengan injap penghembusan nafas. Apabila
ventilator berfungsi dengan baik, injap penghembusan nafas membolehkan udara yang
dihembuskan keluar ke persekitaran. Apabila ventilator tidak beroperasi, udara yang
dihembuskan mungkin disedut semula. Menyedut semula nafas yang dihembus, dalam
sesetengah keadaan, boleh menyebabkan sesak nafas dan/atau kecederaan.
• Topeng yang dipasang dengan siku NV tidak boleh digunakan melainkan peranti
dihidupkan.
• Ikut semua langkah berjaga-jaga apabila menggunakan oksigen tambahan.
• Aliran oksigen mesti dimatikan apabila peranti ventilator tidak beroperasi (jika digunakan),
supaya oksigen yang tidak digunakan tidak berkumpul dalam ruang peranti dan
mewujudkan risiko kebakaran.
• Oksigen menyokong pembakaran. Oksigen tidak boleh digunakan semasa merokok atau
dengan kehadiran api terbuka. Gunakan oksigen hanya dalam bilik yang mempunyai
pengudaraan yang baik.
• Pada kadar tetap aliran oksigen tambahan, kepekatan oksigen yang disedut berbeza-beza,
bergantung kepada tetapan tekanan, corak pernafasan pesakit, topeng, titik pemasangan
dan kadar kebocoran.
• Jika sebarang kemerosotan siku NV kelihatan (kerekahan, retak seribu, koyak dan
sebagainya), komponen tersebut perlu dibuang dan diganti.
• Spesifikasi teknikal topeng yang dipasang dengan siku NV disediakan untuk memastikan
topeng itu sesuai dengan peranti ventilator. Sekiranya digunakan di luar spesifikasi atau
jika digunakan dengan peranti yang tidak sesuai, terapi optimum mungkin tidak dapat
dicapai.
• Hentikan penggunaan topeng ini jika pesakit mempunyai SEBARANG tindak balas negatif
terhadap penggunaan topeng yang dipasang dengan siku NV, dan sila dapatkan nasihat
doktor.
• Sama seperti semua topeng, pernafasan ulang boleh berlaku pada tekanan rendah.
• Rujuk kepada manual peranti ventilator yang sesuai untuk butiran mengenai tetapan dan
maklumat operasi.
• Elakkan daripada menghubungkan produk PVC fleksibel (contohnya, tiub PVC) terus ke
mana-mana bahagian topeng. PVC fleksibel mengandungi unsur-unsur yang boleh
memudaratkan bahan-bahan topeng dan boleh menyebabkan komponen retak atau pecah.
• Sentiasa ikuti arahan pembersihan. Sesetengah produk pembersihan boleh merosakkan
topeng, sesetengah bahagian dan fungsinya, atau meninggalkan wap sisa berbahaya.
• Sebagai sebahagian daripada amalan kebersihan yang baik, sentiasa ikuti arahan
pembersihan untuk mencegah pertumbuhan kuman.
• Buka semua pembungkusan sebelum penggunaan.
Nota: Jika terdapat sebarang insiden serius yang berlaku berkenaan dengan peranti ini, sila laporkan
kepada ResMed dan pihak berkuasa di negara anda.
ResMed telah mewarnakan NV Elbow F20 dengan warna biru untuk mengenal pasti ia sebagai
aksesori tanpa bolong. Siku tersebut mempunyai pemasangan tirus standard wanita 22mm untuk
sambungan luaran ke ventilator. Rujuk bahagian spesifikasi Teknikal dalam panduan pengguna ini
untuk maklumat mengenai kebocoran topeng (aliran-tekanan), ruang mati dan rintangan.
2

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents