ResMed NV Elbow F20 User Manual page 118

Non-vented
Hide thumbs Also See for NV Elbow F20:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BAHASA MELAYU
Aksesori NV (Tanpa Bolong) Elbow F20 menggantikan siku berbolong sedia ada pada topeng
AirFit™ F20 / AirTouch™ F20 dan menukarnya kepada sistem topeng tanpa bolong.
Tujuan penggunaan
NV Elbow F20 menukar AirFit F20 dan AirTouch F20 Topeng Berbolong kepada topeng Tanpa
Bolong untuk tujuan memberikan ventilasi tekanan positif tak invasif. Sistem topeng Tanpa Bolong
yang ditukar ini harus digunakan dengan ventilator yang mempunyai penggera dan sistem
keselamatan untuk kegagalan ventilator yang mencukupi, untuk memberikan sokongan ventilasi
berterusan atau berjeda.
NV Elbow F20 (apabila digunakan dengan topeng Non-Vented AirFit F20 yang ditukar dan
Non-Vented AirTouch F20) adalah:
untuk digunakan oleh pesakit dengan berat lebih daripada 30 kg
bertujuan untuk penggunaan semula bagi seorang pesakit dalam persekitaran rumah dan
penggunaan semula berbilang pesakit dalam persekitaran hospital/institusi
Manfaat klinikal
Manfaat klinikal topeng tanpa bolong adalah memberikan terapi yang berkesan daripada alat terapi
kepada pesakit.
Populasi/keadaan perubatan pesakit yang dimaksudkan
Penyakit paru-paru tersumbat (misalnya, Penyakit Paru-paru Tersumbat Kronik), penyakit Paru-paru
Tersekat (contohnya, penyakit parenkima paru-paru, penyakit dinding dada, penyakit neuromuskular),
penyakit regulasi pernafasan berpusat dan sindrom hipoventilasi obesiti (OHS).
AMARAN AM
Rujuk Panduan Pengguna AirFit F20 / AirTouch F20 untuk amaran umum yang berkaitan
dengan penggunaan topeng. Amaran tambahan berikut berkaitan dengan penggunaan NV
Elbow F20.
• Topeng ini yang dipasang dengan siku NV, digunakan untuk pesakit yang memerlukan
ventilasi bukan bantuan hayat.
• NV Elbow F20 hendaklah digunakan dengan sistem topeng AirFit F20 dan AirTouch F20
ResMed sahaja.
• Topeng ini yang dipasang dengan siku NV mesti digunakan dengan peranti
penghembusan nafas luaran. Topeng ini mesti dipasang dan terapi dijaga oleh kakitangan
perubatan terlatih. Kegagalan memantau pesakit boleh mengakibatkan kehilangan terapi,
kecederaan serius atau kematian.
• Topeng ini yang dipasang dengan siku NV mesti digunakan di bawah pengawasan
kakitangan yang berkelayakan bagi pengguna yang tidak dapat menanggalkan sendiri
topeng atau berisiko tidak bertindak balas terhadap sesuatu masalah. Topeng ini tidak
sesuai untuk individu yang mudah diserang aspirasi. Kegagalan untuk digunakan di bawah
pengawasan dalam keadaan seperti ini boleh mengakibatkan kecederaan serius atau
kematian.
• Topeng ini yang dipasang dengan siku NV tidak mengandungi ciri ekzos atau injap anti
Siku tanpa bolong
Bahasa Melayu
1

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents