Briggs & Stratton 210000 Operator's Manual page 47

Hide thumbs Also See for 210000:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
mengalami kegunaan komersial, ia akan selepas itu, dianggap sebagai sebuah enjin
untuk kegunaan komersial bagi tujuan waranti ini.
Tiada pendaftaran jaminan diperlukan untuk mendapatkan jaminan terhadap
produk Briggs & Stratton. Simpan resit bukti pembelian anda. Jika anda tidak
memberikan bukti tarikh pembelian awal pada waktu servis waranti diminta,
tarikh pengilangan produk akan digunakan untuk menentukan tempoh waranti.
Perihal Waranti Anda
Waranti terhad ini meliputi bahan berkaitan enjin dan/atau isu-isu mutu kerja sahaja
dan tidak meliputi penggantian atau bayaran balik bagi peralatan yang mungkin
digunakan untuk menempatkan enjin. Penyenggaraan rutin, penalaan, pelarasan atau
haus dan lusuh yang lazim tidak diliputi di bawah waranti ini. Demikian juga, waranti ini
tidak terpakai sekiranya enjin telah diubah atau diubah suai atau jika nombor siri enjin
telah dirosakkan atau dibuang. Waranti ini tidak meliputi kerosakan enjin atau masalah
prestasi yang disebabkan oleh:
1.
Penggunaan bahagian-bahagian yang bukanBriggs & Stratton
2.
Pengendalian enjin dengan minyak pelincir yang tidak mencukupi, tercemar atau
mempunyai gred yang salah;
3.
Penggunaan bahan api yang tercemar atau lama, petrol yang diformulasikan
dengan etanol melebihi 10%, atau penggunaan bahan api alternatif seperti
petroleum cecair atau gas asli pada enjin yang asalnya tidak direka/dikilangkan
oleh Briggs & Stratton untuk beroperasi dengan bahan api seperti itu;
4.
Kotoran yang memasuki enjin kerana penyelenggaraan atau pemasangan semula
pembersih udara yang tidak betul;
5.
Pemukulan objek dengan bilah pemotong bagi pemotong rumput berputar,
penyesuai bilah, impeler atau alat terganding aci engkol lain yang dipasang
dengan longgar atau tidak betul, atau keketatan tali sawat V yang berlebihan;
6.
Bahagian-bahagian atau himpunan yang berkaitan seperti klac, transmisi,Briggs &
Stratton
7.
Pemanasan lampau yang disebabkan oleh keratan rumput, kotoran dan serpihan,
atau sarang rodensia yang menghalang atau menyumbat sirip penyejuk atau
kawasan roda tenaga, atau dengan mengendalikan enjin tanpa pengudaraan yang
mencukupi;
8.
Gegaran yang berlebihan disebabkan oleh kelajuan berlebihan, pemasangan enjin
yang longgar, bilah pemotong atau impeler yang longgar atau tidak seimbang,
atau gandingan komponen peralatan yang tidak betul kepada aci engkol;
9.
Penyalahgunaan, kekurangan penyenggaraan rutin, penghantaran, pengendalian
atau penggudangan peralatan, atau pemasangan enjin yang tidak betul.
Servis waranti hanya boleh didapati melalui Pengedar Servis Sah Briggs & Stratton.
Cari Pengedar Servis yang Sah di lokasi yang berhampiran dengan anda dalam peta
carian pengedar kami di BRIGGSandSTRATTON.COM atau dengan menelefon 
1-800-444-7774 (di AS).
80004537 (Semakan G)
47

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

310000

Table of Contents