Briggs & Stratton 210000 Operator's Manual page 40

Hide thumbs Also See for 210000:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Jika unit perlu dicondongkan semasa penyelenggaraan, pastikan tangki bahan
api, jika dipasang pada enjin, adalah kosong dan bahagian palam pencucuh
berada di atas. Jika tangki bahan api tidak kosong, kebocoran boleh berlaku
dan boleh menyebabkan kebakaran atau letupan.
Periksa saluran bahan api, tangki bahan api, tukup bahan api, dan sambungan
dengan kerap untuk mengesan retakan atau bocoran. Gantikan bahagian yang
rosak.
Jangan ubah pegas pengawal imbang, pautan atau bahagian lain untuk
meningkatkan kelajuan enjin.
Jangan ketuk roda tenaga dengan tukul atau objek keras. Ini boleh
menyebabkan kegagalan roda tenaga semasa operasi.
Bahagian gantian mesti sama dan dipasang dalam posisi sama seperti mana
bahagian asal. Bahagian lain boleh menyebabkan kerosakan atau kecederaan.
Apabila anda memindahkan lokasi peralatan
Pastikan tangki bahan api KOSONG atau injap penyekat bahan api berada di
posisi DITUTUP.
Apabila bahan api atau peralatan disimpan dengan bahan api dalam tangki bahan
api
Memandangkan api pandu atau atau punca nyalaan lain boleh menyebabkan
letupan, simpan bahan api atau peralatan jauh dari relau, dapur, pemanas air
atau perkakas lain yang mempunyai api pandu.
AMARAN 
Bahan api dan wapnya adalah mudah terbakar dan mudah meletup. Kebakaran
atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar atau kematian.
Pemulaan enjin boleh menyebabkan percikan api yang boleh mengakibatkan
kebakaran atau letupan.
Jika terdapat kebocoran gas asli atau LP di kawasan tersebut, jangan mulakan
enjin.
Memandangkan wap adalah mudah terbakar, jangan gunakan bendalir pemula
bertekanan.
AMARAN 
BAHAYA GAS BERACUN. Ekzos enjin mengandungi karbon monoksida, gas
beracun yang boleh membunuh anda dalam beberapa minit. Walaupun anda
tidak terbau wasap ekzos, anda masih boleh terdedah kepada gas karbon
monoksida yang berbahaya. Jika anda rasa tidak sihat, pening, atau lemah
semasa menggunakan produk ini, dapatkan udara segar SERTA-MERTA. Sila
berjumpa doktor. Anda mungkin mengalami keracunan karbon monoksida.
Gas karbon monoksida boleh terkumpul dalam ruang yang dihuni. Untuk
mengurangkan risiko gas karbon monoksida, HANYA kendalikan produk ini di
luar dan jauh dari tingkap, pintu dan liang udara.
Pasang penggera karbon monoksida kendalian bateri atau penggera karbon
monoksida pasang masuk dengan sandaran bateri sepertimana yang
dinyatakan oleh arahan pengeluar. Penggera asap tidak dapat mengesan gas
karbon monoksida.
JANGAN kendalikan produk ini di dalam rumah, garaj, ruang bawah tanah,
ruang rangkak, bangsal, atau ruang tertutup yang lain, walaupun jika anda
menggunakan kipas atau membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan.
Selepas mengendalikan produk ini, karbon monoksida boleh terkumpul dengan
cepat dalam ruang-ruang ini dan kekal selama berjam-jam.
SENTIASA letakkan produk ini mengikut arah angin dan halakan ekzos enjin
jauh dari ruang yang dihuni.
AMARAN 
Penarikan balik kord pemula secara pantas (tendangan balik) akan menarik
tangan dan lengan ke arah enjin lebih cepat daripada keupayaan anda untuk
melepaskannya. Akibatnya, tulang patah, keretakan, lebam, atau seliuh boleh
berlaku.
Untuk mengelakkan tendangan balik apabila anda memulakan enjin, tarik kord
pemula perlahan-lahan sehingga rintangan dirasai dan kemudian tarik dengan
cepat.
Sebelum anda memulakan enjin, putuskan sambungan atau tanggalkan semua
peralatan luar dan beban enjin.
Pastikan komponen peralatan ganding-terus, seperti tetapi tidak terhad kepada
bilah, pendesak, kapi, dan gegancu, dilekatkan dengan betul.
40
AMARAN 
Bahagian berputar boleh menjerut tangan, kaki, rambut, pakaian, atau aksesori
dan menyebabkan amputasi traumatik atau luka melecet.
Kendalikan peralatan dengan pelindung dipasang dengan betul.
Jauhkan tangan dan kaki daripada bahagian yang berputar.
Tanggalkan barang kemas dan pastikan rambut panjang berada jauh dari
semua bahagian berputar.
Jangan pakai pakaian longgar atau barangan yang boleh tersangkut.
AMARAN 
Semasa operasi, enjin dan peredam bunyi menjadi panas. Jika anda menyentuh
enjin panas, lecuran terma boleh berlaku.
Bahan mudah terbakar, seperti daun, rumput dan belukar, boleh terbakar.
Sebelum anda menyentuh enjin atau peredam bunyi, hentikan enjin dan tunggu
dua (2) minit. Pastikan enjin dan peredam bunyi selamat untuk disentuh.
Buang serpihan daripada peredam bunyi dan enjin.
Penggunaan atau pengendalian enjin di atas mana-mana tanah yang diliputi hutan,
diliputi belukar atau diliputi rumput merupakan satu pelanggaran California Public
Resource Code, Seksyen 4442, melainkan jika sistem ekzos dilengkapi dengan
penangkap percikan api yang diselenggarakan supaya berfungsi dengan berkesan,
seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 4442. Negeri atau bidang kuasa persekutuan
lain mungkin mempunyai undang-undang yang serupa; rujukan Peraturan Persekutuan
36 CFR Bahagian 261.52. Hubungi pengeluar peralatan asal, peruncit, atau peniaga
bagi mendapatkan perangkap percikan yang direka untuk sistem ekzos yang dipasang
pada enjin ini.
AMARAN 
Percikan api enjin secara tidak sengaja boleh menyebabkan kejutan elektrik atau
kebakaran dan boleh menyebabkan keadaan tersangkut, amputasi traumatik atau
luka melecet.
Sebelum anda membuat pelarasan atau pembaikan:
Cabut sambungan wayar palam pencucuh dan jauhkannya daripada palam
pencucuh.
Cabut wayar bateri pada terminal bateri negatif (hanya enjin dengan pemula
elektrik.)
Gunakan hanya alat yang betul.
Apabila anda memeriksa kehadiran percikan api:
Gunakan penguji palam pencucuh yang diluluskan.
Jangan periksa kehadiran percikan api dengan palam pencucuh dikeluarkan.
AMARAN 
Wap bahan api adalah mudah terbakar dan mudah meletup. Kebakaran atau
letupan boleh menyebabkan luka terbakar atau kematian.
Jika anda terbau gas
Jangan mulakan enjin.
Jangan hidupkan suis elektrik.
Jangan gunakan telefon dalam kawasan sekitar.
Kosongkan kawasan tersebut.
Hubungi pembekal gas atau jabatan bomba.
Ciri-ciri dan Kawalan
Kawalan Enjin
Bandingkan huruf petak bual dalam Rajah 1, 2, dan 3 dengan alat kawalan enjin dalam
senarai yang berikut:
A.
Nombor Pengenalan Enjin Model - Jenis - Kod
B.
Palam Pencucuh
C. Pembersih Udara
D. Pemegang Kord Pemula (jika dipasang)
E.
Batang celup
F.
Palam Salir Minyak
G. Peredam Bunyi, Adang Peredam Bunyi (jika dipasang), Penangkap Percikan Api
(jika dipasang)
H. Jeriji Ambilan Udara
I.
Jeriji Ambilan Udara
J.
Penapis Minyak (jika dipasang)
K.
Pemula Elektrik (jika dipasang)
BRIGGSandSTRATTON.COM

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

310000

Table of Contents