Briggs & Stratton 210000 Operator's Manual page 45

Hide thumbs Also See for 210000:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
4.
Untuk melonggarkan bahan yang tidak diingini, ketuk penapis dengan perlahan (D,
Rajah 17) pada permukaan yang keras. Jika penapis kotor, gantikannya dengan
penapis baharu.
5.
Tanggalkan prapembersih (E, Rajah 17), jika dipasang, dari penapis (C).
6.
Basuh prapembersih (E, Rajah 17), di dalam detergen cecair dan air. Biarkan
prapembersih kering sepenuhnya di udara. JANGAN lincirkan prapembersih.
7.
Pasang prapembersih yang kering (E, Rajah 17), jika dipasang, ke penapis (C).
8.
Pasang penapis (C, Rajah 17) ke atas salur masuk (D). Tekan hujung penapis ke
dalam tapak enjin. Pastikan penapis ketat pada tapak enjin.
9.
Pasang penutup penapis udara (B, Rajah 17) dan lekatkan dengan pengikat
Menservis Sistem Bahan Api
AMARAN 
Bahan api dan wapnya adalah mudah terbakar dan mudah meletup. Kebakaran
atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar atau kematian.
Simpan bahan api jauh dari percikan api, nyalaan terbuka, lampu ujian, haba
dan sumber penyalaan lain.
Periksa saluran bahan api, tangki bahan api, tukup bahan api, dan sambungan
dengan kerap untuk mengesan retakan atau bocoran. Gantikan bahagian yang
rosak.
Sebelum anda membersihkan atau menggantikan penapis bahan api, salirkan
tangki bahan api atau tutup injap penyekat bahan api.
Jika bahan api tumpah, tunggu sehingga ia kering sebelum anda memulakan
enjin.
Bahagian gantian mesti sama dan dipasang dalam posisi sama seperti mana
bahagian asal. Bahagian lain boleh menyebabkan kerosakan atau kecederaan.
Penapis Bahan Api, jika dipasang
1.
Sebelum anda membersihkan atau menggantikan penapis bahan api (A, Rajah 18),
salirkan tangki bahan api atau tutup injap penyekat bahan api. Jika tangki bahan api
tidak disalirkan, kebocoran bahan api boleh berlaku dan menyebabkan kebakaran
atau letupan.
2.
Gunakan playar untuk memicit tab (B, Rajah 18) pada pengapit (C), kemudian
gerakkan pengapit jauh dari penapis bahan api (A). Pulas dan tarik talian bahan api
(D) dari penapis bahan api.
3.
Periksa saluran bahan api (D, Rajah 18) untuk mengesan retakan atau bocoran.
Gantikan jika perlu.
4.
Gantikan penapis bahan api (A, Rajah 18) dengan penapis ganti peralatan yang
asal.
5.
Lekatkan saluran bahan api (D, Rajah 18) dengan pengapit (C).
Penapis Bahan Api, jika dipasang
1.
Tanggalkan penutup bahan api (A, Rajah 19).
2.
Tanggalkan penyaring bahan api (B, Rajah 19).
3.
Jika penuras bahan api kotor, bersihkan atau ganti. Jika anda mengganti penyaring
bahan api, pastikan menggunakan alat penggantian penyaring bahan api yang
original.
Menservis Sistem Penyejukan
AMARAN 
Semasa operasi, enjin dan peredam bunyi menjadi panas. Jika anda menyentuh
enjin panas, lecuran terma boleh berlaku.
Serpihan mudah terbakar, seperti daun, rumput, dan belukar, boleh terbakar.
Sebelum anda menyentuh enjin atau peredam bunyi, hentikan enjin dan tunggu
dua (2) minit. Pastikan enjin dan peredam bunyi selamat untuk disentuh.
Buang serpihan daripada peredam bunyi dan enjin.
NOTIS 
Jangan gunakan air untuk membersihkan enjin. Air boleh menyebabkan pencemaran
sistem bahan api. Gunakan berus atau kain kering untuk membersihkan enjin.
Ini ialah enjin yang disejukkan oleh udara. Kotoran atau serpihan boleh menghalang
aliran udara dan menyebabkan enjin terlalu panas serta mengakibatkan prestasi yang
tidak memuaskan dan hayat enjin berkurang.
1.
Gunakan berus atau kain kering untuk membuang serpihan dari jeriji ambilan
udara.
2.
Pastikan rangkaian, pegas, dan alat kawalan sentiasa bersih.
3.
Pastikan kawasan di sekitar dan di belakang peredam bunyi, jika dilengkapi, bebas
daripada sebarang serpihan yang boleh terbakar.
4.
Pastikan sirip penyejuk minyak, jika dilengkapi, adalah bersih.
Selepas satu tempoh masa, sirip penyejuk silinder boleh mengumpulkan serpihan
dan menyebabkan enjin terlampau panas. Bahan yang tidak diingini ini tidak boleh
dikeluarkan tanpa membuka sebahagian daripada pemasangan enjin. Pastikan
Pengedar Servis Sah Briggs & Stratton memeriksa dan mencuci sistem penyejukan
udara sebagaimana yang disyorkan dalam Jadual Penyelenggaraan.
Penyimpanan
Sistem Bahan Api
Rujuk Rajah:  20.
AMARAN 
Bahan api dan wapnya adalah mudah terbakar dan mudah meletup. Kebakaran
atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar atau kematian.
Penyimpanan Bahan Api
Memandangkan api pandu atau atau punca nyalaan lain boleh menyebabkan
letupan, simpan bahan api atau peralatan jauh dari relau, dapur, pemanas air
atau perkakas lain yang mempunyai api pandu.
Pastikan enjin berada pada kedudukan rata (posisi operasi biasa). Isi tangki bahan api
(A, Rajah 20) dengan bahan api. Untuk pengembangan bahan api, jangan isi bahan api
melebihi bahagian leher tangki bahan api (B).
Bahan api boleh menjadi tidak elok apabila disimpan dalam bekas penyimpanan selama
lebih daripada 30 hari. Penggunaan penstabil bahan api bebas alkohol dan rawatan
etanol dalam bekas penyimpanan bahan api disyorkan untuk mengelakkan degradasi
bahan api dan memastikan bahan api kekal segar.
Apabila anda mengisi bekas bahan api dengan bahan api, tambah penstabil bahan
api bebas alkohol seperti yang ditetapkan dalam arahan pengeluar. Jika petrol dalam
enjin tidak dirawat dengan penstabil bahan api, ia mesti disalirkan ke dalam bekas yang
diluluskan. Kendalikan enjin sehingga ia kehabisan bahan api.
Minyak Enjin
Semasa enjin masih panas, tukar minyak enjin. Rujuk bahagian Tukar Minyak Enjin.
Penyelesaian Masalah
Bantuan
Untuk bantuan, hubungi wakil pengedar setempat anda atau pergi ke
BRIGGSandSTRATTON.COM atau hubungi 1-800-444-7774 (di AS).
Spesifikasi
Spesifikasi dan Alat Ganti Servis
MODEL: 210000
Sesaran
Gerek
Lejang
Kapasiti Minyak – tanpa penapis
Kapasiti Minyak – dengan penapis
Jarak Palam Pencucuh
Kilas Palam Pencucuh
Sela Udara Armatur
Kelegaan Injap Pengambilan
Kelegaan Injap Ekzos
MODEL: 310000
Sesaran
Gerek
Lejang
Kapasiti Minyak – tanpa penapis
Kapasiti Minyak – dengan penapis
Jarak Palam Pencucuh
Kilas Palam Pencucuh
Sela Udara Armatur
Kelegaan Injap Pengambilan
Kelegaan Injap Ekzos
MODEL: 210000
Servis Bahagian
Penapis Udara, Kertas (Lihat Rajah 17)
21.01 ci (344 cc)
3.437 in (87,30 mm)
2.264 in (57,51 mm)
42 - 44 oz (1,24 - 1,30 L)
46 - 48 oz (1,36 - 1,40 L)
.030 in (,76 mm)
180 lb-in (180 Nm)
0.010 - 0.014 in (0,25 - 0,36 mm)
0.003 - .005 in (0,08 - 0,13 mm)
0.005 - 0.007 in (0,13 - 0,18 mm)
30.59 ci (501 cc)
3.563 in (90,49 mm)
3.062 in (77,77 mm)
42 - 44 oz (1,36 - 1,40 L)
46 - 48 oz (1,36 - 1,40 L)
.030 in (,76 mm)
180 lb-in (180 Nm)
0.010 - 0.014 in (0,25 - 0,36 mm)
0.003 - .005 in (0,08 - 0,13 mm)
0.005 - 0.007 in (0,13 - 0,18 mm)
Nombor Bahagian
796032
45

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

310000

Table of Contents