Download Print this page

Cochlear Baha 5 User Manual page 31

Hide thumbs Also See for Baha 5:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Amaran
Nasihat umum
Pemproses bunyi tidak akan memulihkan
pendengaran kepada normal dan tidak akan
menghalang atau memperbaik kecacatan
pendengaran yang disebabkan oleh keadaan organik.
• Pemproses bunyi yang jarang-jarang sekali
digunakan tidak memungkinkan pengguna
meraih manfaat penuh daripadanya.
• Penggunaan pemproses bunyi hanyalah
sebahagian daripada pemulihan pendengaran
dan mungkin perlu ditambah dengan latihan
auditori dan bacaan gerak bibir.
Amaran
• Pemproses bunyi itu satu peranti digital, elektrik,
perubatan yang direka untuk kegunaan tertentu.
Oleh itu, penjagaan dan perhatian perlu
dilakukan oleh pengguna pada setiap masa.
• Pemproses bunyi itu tidak kalis air!
• Jangan gunakannya dalam hujan lebat, semasa
mandi atau di bawah pancuran air!
• Jangan dedahkan pemproses bunyi itu pada
suhu ekstrem. Ia direka bentuk untuk beroperasi
dalam julat suhu +5 °C (+41 °F)
+50 °C
(+122 °F)
hingga +40 °C (+104 °F).
Secara terperinci, prestasi
bateri itu berkurangan
pada suhu di bawah +5 °C.
Pemproses tidak boleh
-20 °C
diletakkan pada suhu
(-4 °F)
di bawah -20 °C (-4 °F) atau di atas +50 °C
(+122 °F) pada bila-bila masa.
• Mengandungi bahagian-bahagian kecil yang
boleh menyebabkan bahaya tercekik.
• Pengawasan orang dewasa disyorkan apabila
digunakan oleh kanak-kanak.
• Produk ini tidak sesuai digunakan dalam
persekitaran yang mudah terbakar dan/
atau meletup.
• Pemproses bunyi dan aksesori luaran lain
tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik
yang terdapat mesin MRI kerana ini boleh
menyebabkan kerosakan kepada pemproses
bunyi atau peralatan MRI.
• Pemproses bunyi mesti ditanggalkan sebelum
memasuki bilik yang terdapat pengimbas MRI.
52
• Jika anda menjalani prosedur MRI (Pengimejan
Resonans Magnetik), rujuk Kad Rujukan MRI
yang disertakan dalam pek dokumen.
• Alatan komunikasi boleh ubah dan RF (frekuensi
radio) mudah alih boleh mengganggu prestasi
pemproses bunyi anda.
• Pemproses bunyi itu sesuai dengan persekitaran
elektromagnetik dengan menggunakan kuasa
pada kualiti komersial yang biasa atau hospital,
dan medan magnetik frekuensi kuasa pada
tahap komersial yang biasa atau hospital. Ia
dirancang untuk digunakan dalam persekitaran
elektromagnet yang mengandungi
gangguan RF (frekuensi radio)
terpancar yang terkawal.
• Gangguan boleh berlaku
berhampiran alat yang mempunyai simbol
seperti di sebelah kanan.
• Lupuskan bateri dan barangan elektrik mengikut
undang-undang tempatan anda.
• Lupuskan peranti anda sebagai sisa elektronik
mengikut undang-undang tempatan.
• Apabila fungsi tanpa wayar diaktifkan, pemproses
bunyi akan menggunakan pemancaran kod
digital berkuasa rendah untuk berkomunikasi
dengan peranti tanpa wayar yang lain. Walaupun
mungkin tidak akan berlaku, peranti elektronik
berhampiran mungkin akan terjejas. Dalam kes
ini, pindahkan pemproses bunyi jauh dari peranti
elektronik yang terjejas itu.
• Sekiranya kefungsian tanpa wayar digunakan
dan pemproses bunyi terjejas oleh gangguan
elektromagnet, jauhi sumber gangguan ini.
• Pastikan kefungsian tanpa wayar dinyahaktifkan
semasa menaiki penerbangan.
• Matikan kefungsian tanpa wayar anda dengan
menggunakan mod penerbangan di kawasan
yang terdapat larangan pancaran frekuensi radio.
• Peranti tanpa wayar Cochlear Baha
mengandungi pemancar RF yang beroperasi
dalam julat 2.4 GHz–2.48 GHz.
• Untuk kefungsian tanpa wayar, gunakan
aksesori Tanpa Wayar Cochlear sahaja.
Untuk mendapatkan panduan lanjut mengenai
misalnya berpasangan, sila rujuk panduan
pengguna bagi aksesori Wayarles Cochlear
yang berkaitan.
• Pengubahsuaian kelengkapan ini adalah tidak
dibenarkan.
• Peralatan komunikasi RF mudah alih (termasuk
peralatan tambahan seperti kabel antena dan
antena luaran) hendaklah digunakan pada jarak
sekurang-kurangnya 30 cm (12 in.) daripada
mana-mana bahagian Baha 5 anda, termasuk
kabel yang ditetapkan oleh pengeluar. Jika tidak,
prestasi kelengkapan ini mungkin akan merosot.
• Penggunaan aksesori, transduser dan kabel
selain yang ditentukan atau disediakan oleh
Cochlear boleh menyebabkan peningkatan
pengeluaran pancaran elektromagnet atau
pengurangan ketahanan elektromagnet bagi
peralatan ini dan mengakibatkan pengendalian
yang tidak betul.
Penentuan jenis pemproses bunyi untuk
model yang disertakan dalam Buku Panduan
Pengguna ini ialah:
FCC ID: QZ3BAHA5, IC: 8039C-BAHA5,
model IC: Baha
®
5.
Pernyataan:
Peranti ini mematuhi Bahagian 15 Peraturan FCC.
Pengendaliannya tertakluk pada dua keadaan berikut:
(1) peranti ini tidak boleh menyebabkan gangguan yang
memudaratkan, dan (2) peranti ini mesti menerima apa-
apa gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang
boleh menyebabkan operasi yang tidak diingini.
Nota: Peralatan ini telah diuji dan didapati mematuhi
had bagi peranti digital Kelas B, menurut bahagian
15 Peraturan FCC. Had ini direka untuk memberikan
perlindungan secukupnya terhadap gangguan yang
memudaratkan dalam pemasangan kediaman. Peralatan
ini menjana, menggunakan serta boleh memancarkan
tenaga frekuensi radio dan, sekiranya tidak dipasang
dan digunakan mengikut arahan, boleh menyebabkan
gangguan memudaratkan terhadap komunikasi radio.
Bagaimanapun, tiada jaminan bahawa gangguan
tidak akan berlaku dalam pemasangan tertentu. Jika
peralatan ini sememangnya menyebabkan gangguan
yang memudaratkan penerimaan radio atau penerimaan
televisyen, yang boleh ditentukan dengan mematikan
dan menghidupkan peralatan, pengguna digalakkan
untuk cuba membetulkan gangguan dengan satu atau
lebih langkah berikut:
• Tukar kedudukan atau tempat antena penerima.
• Tambahkan jarak di antara peralatan dengan penerima.
Melayu
• Sambungkan alat ini ke soket daripada litar yang
berbeza daripada salur yang disambungkan penerima.
• Hubungi pengedar atau juruteknik radio/TV
berpengalaman untuk mendapatkan bantuan.
• Perubahan atau pengubahsuaian boleh membatalkan
kuasa dan hak pengguna untuk mengendalikan
peralatan tersebut.
Penggunaan yang dimaksudkan
Pemproses Bunyi Baha® 5 Cochlear™ menggunakan
konduksi tulang untuk menghantar bunyi ke koklea
(telinga dalam). Ia ditandakan untuk orang yang
mempunyai kehilangan pendengaran konduktif,
kehilangan pendengaran bercampur dan kepekakan
saraf deria sisi tunggal (SSD). Tambahan pula, ia
ditandakan untuk penerima bilateral dan pediatrik. Julat
pemasangan sehingga 45 dB SNHL. Ia berfungsi dengan
menggabungkan satu pemproses bunyi dengan satu
implan titanium kecil yang diletakkan dalam tengkorak
di belakang telinga. Tulang tengkorak itu akan bersepadu
dengan implan titanium melalui satu proses yang
dinamakan integrasi-osseo. Ini membolehkan bunyi
dikonduksikan melalui tulang tengkorak terus ke koklea,
lalu memperbaiki prestasi pendengaran. Pemproses
bunyi boleh digunakan bersama dengan Baha Softband.
Pemasangan perlu dilakukan sama ada di hospital, oleh
ahli audiologi atau di sesetengah negara oleh profesional
penjagaan pendengaran.
Senarai negara:
Bukan semua produk tersedia di semua pasaran.
Ketersediaan produk tertakluk pada kelulusan kawal selia
di pasaran berkenan.
Produk ini mematuhi syarat peraturan berikut:
• Di EU: peranti tersebut mematuhi Keperluan Penting
menurut Lampiran I Arahan Majlis 93/42/EEC untuk
peranti perubatan (MDD) serta keperluan penting
dan peruntukan lain yang berkaitan dalam Arahan
2014/53/EU (RED). Pengisytiharan pematuhan boleh
dirujuk di www.cochlear.com.
• Keperluan kawal selia antarabangsa lain yang
berkenaan yang dikenal pasti di negara di luar EU
dan AS. Sila rujuk keperluan tempatan negara untuk
kawasan-kawasan ini.
• Di Kanada, pemproses bunyi disahkan di bawah
nombor pensijilan berikut: IC: 8039C-BAHA5 dan no.
model: Model IC: Baha
®
5.
• Peranti ini mematuhi standard RSS yang dikecualikan
lesen Industri Kanada.
53

Advertisement

loading