Sharp Healslo AX-1600V Operation Manual page 89

Superheated steam oven
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

ARAHAN UTUK MEMASANG KETUHAR
1. Keluarkan semua bahan pembungkusan daripada ruang ketuhar, dan pelekat ciri dari luar pintu, jika ada .Periksa ketuhar ini untuk
sebarang kerosakan, seperti pintu ketuhar yang tidak sejajar, pengedap pintu yang rosak disekeliling pintu ketuhar atau kebengkokan
di dalam ruang ketuhar atau pada pintu. Jika terdapat sebarang kerosakan, jangan gunakan ketuhar sehingga ia telah diperiksa oleh
PUSAT SERVIS YANG DILULUSKAN OLEH SHARP dan diperbaiki jika perlu.
2. Aksesori yang disertakan:
1) Rak 2) Dulang pembakar 3) Dulang kukus 4) Panduan menanggalkan kerak 5) Buku panduan operasi 6) Buku masakan
7) Panduan Sesentuh 8) Jalur ujian
3. Pintu akan menjadi panas semasa memasak, dan dalam usaha untuk mengelakkan sentuhan yang tidak sengaja, ketuhar perlu
diletakkan sekurang-kurangnya 85 cm atau lebih di atas lantai .Anda juga perlu memastikan kanak-kanak jauh daripada pintu untuk
menggelakkan daripada kecederaan.
4. Ketuhar ini direka untuk digunakan pada countertop sahaja. Ia tidak harus dipasang di mana-mana kawasan di mana haba yang
berlebihan dan wap dijana, contohnya, dipasang bersebelahan dengan unit ketuhar konvensional. Ia tidak harus dipasang berham-
piran dengan bahan yang mudah terbakar, misalnya, langsir. Ketuhar harus dipasang supaya tidak menyekat bukaan pengudaraan.
Kebakaran mungkin berlaku jika perkakas ini dilindungi atau menyentuh bahan yang mudah terbakar, termasuk tirai, langsir, dinding,
dll . Benarkan ruang sekurang-kurangnya 10cm dari atas ketuhar untuk pengudaraan. Ketuhar ini tidak direka untuk terbina-dalam
pada dinding atau kabinet.
AMARAN: Wap pengudaraan akan terlepas dari bahagian belakang atas ketuhar. Pastikan wap yang terlepas tidak membasahi outlet
elektrik atau lain-lain peralatan elektrik.
5. Jauhkan jarak melebihi 20 cm di antara liang pengudaraan dengan tingkap jika ketuhar ini dipasang menghampiri tingkap. Tingkap
boleh dipecahkan oleh haba daripada pengudaraan.
AWAS: Wap pengudaraan dari oven mungkin membasahkan perabot, mengotorkan perabot atau dinding yang berhampiran. Pastikan
ruang yang mencukupi di antara ketuhar dan dinding atau perabot. Wap datang dari penutup pengudaraan (untuk pengedaran udara)
atau pintu semasa memasak atau selepas memasak. Wap boleh memeluwap pada dinding atau perabot yang berhampiran dengan
ketuhar. Pasangkan ketuhar pada tempat dimana ia mempunyai pengudaraan yang baik.
Untuk mengelakkan dari basah, kami mengesyorkan untuk meliputi dinding atau perabot dengan kerajang aluminium.
6. Jangan sambungkan peralatan lain ke soket yang sama dengan menggunakan palam penyesuai.
7. Pengeluar atau mahupun pengedar ketuhar tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan ataupun kecederaan yang diaki-
batkan oleh pengguna yang gagal mematuhi aturcara pemasangan elektrik yang betul.
8. Ketuhar ini mesti disambungkan kepada wayar bumi.
Warna pada wayar di dalam saluran bekalan elektrik adalah berdasarkan pada kod seperti berikut:
Sekiranya warna pada wayar di dalam saluran bekalan elektrik pada ketuhar adalah tidak sepadan dengan warna yang ditandakan
pada palam, buat seperti berikut:
Wayar yang berwarna hijau-dan-kuning harus disambungkan kepada terminal pada palam yang bertanda huruf "E" ataupun bertanda
bumi "
" ataupun berwarna hijau atau hijau-dan-kuning.
Wayar yang berwarna biru harus disambung kepada terminal yang bertanda huruf "N" atau berwarna biru.
Wayar yang berwarna coklat harus disambungkan kepada terminal yang bertanda huruf "L" atau berwarna coklat.
AX1600 OM Full (EN,CN,MY).indd
PENTING
Hijau-dan-kuning
: Bumi
Biru
: Neutral
Coklat
: Hidup
M-3
24/04/1470 1:00 AM

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents