Sharp Healslo AX-1600V Operation Manual page 88

Superheated steam oven
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

13. Elakkan kelecuran yang diakibatkan oleh stim dengan menghalakan stim jauh daripada muka dan tangan. Dengan secara perlahan, an-
gkat penjuru terjauh penutup bekas termasuk pembalut plastik gelombang mikro dll., dan membuka beg popcorn dan beg pemasak ketuhar
dengan berhati-hati menjauhi daripada muka anda.
14. Pastikan wayar elektrik tidak mengalami sebarang kerosakan dan tidak berada di bawah ketuhar atau di atas sebarang permukaan yang
panas atau penjuru yang tajam.
15. Berhati-hati semasa membuka pintu. Bagi mengelakkan daripada melecur desebabkan oleh pelepasan haba dan wap, biarkan udara
panas atau stim keluar sebelum mengeluarkan atau menggantikan makanan.
16. Jangan letakkan apa-apa di atas kabinet luar kerana ketuhar akan menjadi sangat panas semasa beroperasi.
17. Untuk mengelakkan daripada melecur atau terbakar, sentiasa merasa makanan dan memeriksa suhu dan bekas makanan serta kacau
sebelum dihidang dan memberi perhatian khas kepada suhu bekas, makanan dan minuman yang diberikan kepada bayi, kanak-kanak atau
warga tua.Terutamanya, bekas menjadi sangat panas. Jangan minum minuman atau sup tanpa memeriksa suhu bekas.
18. Pastikan tiada perkakas lain yang menyentuh dinding dalaman semasa memasak.
19. Perkakas ini bukan untuk penggunaan oleh orang (termasuk kanak-kanak) dengan keupayaan fizikal, deria atau mental yang kurang,
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
20. Kanak-kanak hendaklah sentiasa diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
21. Bahagian - bahagian yang boleh diakses (contohnya pintu ketuhar, ketuhar rongga, hidangan dan aksesori) mungkin menjadi panas se-
masa digunakan. Jauhi daripada kanak-kanak bagi mengelakkan daripada risiko kelecuran .Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar tebal
untuk mengelakkan diri anda daripada kelecuran.
22. Disebabkan suhu yang dijana, kanak-kanak hanya boleh menggunakan ketuhar di bawah pengawasan orang dewasa apabila perkakas
sedang beroperasi di dalam olakan SuperSteam Convection, Convection atau Steam.
23. Jangan sentuh pintu ketuhar, luar kabinet, kabinet belakang, rongga ketuhar, bukaan liang udara, aksesori dan hidangan dan wap yang
terlepas dari perlindungan pengudaraan semasa operasi kerana ia menjadi panas.
24. Jangan sentuh sekitar lampu ketuhar secara langsung. Bahagian ini akan menjadi panas apabila lampu ketuhar dihidupkan.
25. Pasangkan pengedar udara pada bilik dimana ketuhar dipasangkan, contohnya membuka tingkap atau menghidupkan pengudaraan
dapur. Wap daripada liang pengedaran pengudaraan mungkin membasahi dinding atau perabot yang berdekatan.
26. Jangan gunakan ketuhar jika dapati retakan pada tangki air dan kebocoran air. Sila hubungi PUSAT SERVIS YANG DILULUSKAN OLEH
SHARP.
27. Untuk mencegah pemeluwapan yang boleh mengakis perkakas, jangan biarkan makanan yang telah dimasak di dalam ketuhar untuk
tempoh yang panjang. Kerap membersihkan ketuhar dan mengeluarkan apa-apa sisa makanan di dalam ketuhar atau pada pintu ketuhar.
28. Jangan masukkan jari atau objek di dalam lubang-lubang (liang pelepasan wap atau liangbukaan udara) kerana ini boleh merosakkan
ketuhar dan menyebabkan kejutan elektrik atau bahaya.
29. Jangan letakkan apa-apa benda yang berat lebih daripada 5 kg pada pintu untuk mengelakkan kemungkinan daripada ketuhar jatuh atau
boleh merosakkan pintu dan engsel. Jangan menggantung objek berat pada pemegang pintu.
30. Jangan sentuh palam elektrik dengan tangan yang basah. Palamkan ke dalam soket dinding elektrik dengan selamat. Sentiasa men-
cengkam palam apabila mengeluarkan palam tersebut daripada soket, dan bukan tarik kord bekalan kuasa kerana ini boleh merosakkan
saraf bekalan kuasa dan sambungan di dalam palam.
31. Jangan mengerak ketuhar dalam keadaan operasi.Jika ketuhar perlu dipindahkan, salirkan semua air di dalam ketuhar menggunakan
fungsi DRAIN WATER. Selepas penyaliran, kosongkan dulang titisan.
32. Jangan basahkan pintu atau panel kawalan secara sengaja.
33. Jangan gunakan ketuhar jika ketuhar tersebut terjatuh di atas lantai. Tanggalkan palam dan hubungi PUSAT SERVIS YANG DILULUS-
KAN OLEH SHARP.
M-2
AX1600 OM Full (EN,CN,MY).indd
24/04/1470 1:00 AM

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents