CYBEX SOLUTION B2-FIX+ User Manual page 111

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 7
8. Pastikan kedudukan kerusi benar-benar kemas dengan cuba menariknya
keluar daripada titik tambat ISOFIX (m). Penunjuk keselamatan berwarna
hijau (l) mesti dapat dilihat dengan jelas pada kedua-dua sisi kerusi
tersebut.
9. Jika kerusi keselamatan kanak-kanak digunakan tanpa ISOFIX-Connect, ia
boleh disimpan di bawah kerusi.
Dengan menggunakan ISOFIX-Connect, keselamatan anak anda
��
dipertingkat kerana wujud hubungan yang seolah-olah melekat dengan
kenderaan. Anak anda masih perlu dikukuhkan dengan tali pinggang
keledar tiga titik kenderaan.
Jika "Perlindungan Impak Sisi Linear" (L.S.P.) tidak muat dengan pintu
��
kereta atau ia menggunakan ruang yang besar pada kerusi penumpang, ia
boleh ditanggalkan dengan memicit bahagian aras dan bawah elemen itu
dan mengeluarkannya daripada slot rangka kerusi. Untuk memasang L.S.P.
kembali pada kerusi, klipkannya pada kawasan bertanda di sisi kerusi dan
tolak sehingga ia masuk ke dalam slot dan kedengaran bunyi klik.
MENGELUARKAN KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK
DARIPADA KENDERAAN
Jalankan langkah-langkah pemasangan dalam urutan terbalik.
1. Buka lengan pengunci ISOFIX-Connect (i) pada kedua-dua sisi dengan
menekan butang pelepas (k) dan menariknya ke belakang serentak.
2. Tarik kerusi daripada titik tambat ISOFIX (m).
3. Keluarkan kerusi keselamatan kanak-kanak dan simpan ISOFIX-Connect
dalam kedudukan yang berlawanan dengan pemasangan
MELARASKAN PENYANDAR KEPALA
Penyandar kepala (c) boleh dilaraskan dengan menggunakan pelaras
ketinggian penyandar kepala (d) di bahagian belakang penyandar kepala (c).
Laraskan penyandar kepala (c) supaya maks. 2 cm (anggaran 2 jari lebar)
kekal antara bahu kanak-kanak dengan penyandar kepala (c).
Ketinggian penyandar kepala masih boleh dilaraskan semasa kerusi
��
sedang dipasang di dalam kereta.
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN ANAK
1. Lalukan tali pinggang keledar kenderaan di sekeliling anak anda dan
masukkan lidah tali pinggang keledar ke dalam kancing tali pinggang
keledar. Tali pinggang keledar itu mesti terkunci di tempatnya apabila
kedengaran bunyi "KLIK".
2. Letakkan tali riba keledar mengikut panduan tali riba keledar berwarna
merah (f) daripada kerusi keselamatan kanak-kanak.
3. Tarik tali bahu keledar untuk mengetatkan tali riba keledar.
4. Di bahagian tepi kerusi kereta di sebelah kancing tali pinggang dan tali bahu
keledar mesti dimasukkan bersama-sama di dalam panduan tali keledar
riba (f).
5. Masukkan tali keledar bahu melalui panduan tali keledar bahu (g) sehingga
masuk ke dalam panduan tali keledar.
6. Pastikan tali keledar bahu dilalukan pada tulang selangka anak anda dan
tidak menyentuh leher anak anda. Jika perlu, laraskan ketinggian penyandar
kepala (c) untuk menukar kedudukan tali keledar.
MENANGGALKAN DAN MEMASANG SEMULA PELAPIK KERUSI
Pelapik kerusi keselamatan kanak-kanak terdiri daripada tiga bahagian
(penyandar kepala, penyandar belakang dan peninggi). Bahagian ini
diletakkan pada kedudukannya di beberapa tempat menggunakan stad tekan.
Setelah semua stad dilepaskan, bahagian tunggal pelapik boleh ditanggalkan.
Untuk memasang semula pelapiknya pada kerusi, ikut arahan pengeluaran
mengikut urutan terbalik.
Pelapiknya hanya boleh dibasuh pada suhu 30 °C dengan program basuh
��
lembut, jika tidak fabrik pelapik itu akan berubah warna. Sila basuh pelapik
secara berasingan daripada pakaian lain dan jangan keringkan di dalam
mesin pengering atau di bawah sinaran matahari!
PERATURAN WARANTI DAN PELUPUSAN PENGELUAR
CYBEX GmbH (Riedingerstr. 18, 95448 Bayreuth, Jerman) memberi anda waranti
3 tahun pada produk ini. Waranti ini sah di negara produk ini dijual pada awalnya
oleh peruncit kepada pelanggan. Kandungan jaminan dan semua maklumat
penting yang diperlukan untuk pengesahan jaminan terdapat pada halaman
utama kami di go.cybex-online.com/manufacturer-warranty-car-seats. Jika
waranti ditunjukkan dalam penerangan artikel, hak undang-undang terhadap kami
kerana kecacatan kekal tidak terjejas.
Sila patuhi peraturan pelupusan sisa di negara anda.
MS
109

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents