Husqvarna 435 II Operator's Manual page 49

Hide thumbs Also See for 435 II:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
3
Kebanyakan kemalangan akibat lantunan berlaku
semasa mencantaskan dahan. Pastikan anda berdiri
dengan kukuh tanpa gangguan supaya tidak
tergelincir atau jatuh.
Kurang tumpuan boleh mengakibatkan lantunan jika
zon lantunan papan tersentuh dahan, pokok
berhampiran atau objek lain.
Sila kawal benda kerja. Jika benda yang hendak anda
potong kecil dan ringan, benda itu boleh tersangkut
pada gergaji rantai dan terpelanting ke arah anda.
Walaupun ini tidak semestinya berbahaya, anda
mungkin terkejut dan hilang kawalan ke atas gergaji.
Jangan sekali-kali menggergaji balak atau dahan
yang disusun tanpa terlebih dahulu
mengasingkannya. Gergaji hanya sebatang balak
atau benda pada satu-satu masa. Alihkan benda yang
telah dipotong untuk memastikan tempat kerja anda
selamat. (62)
4
Jangan sesekali menggunakan gergaji rantai
lebih tinggi dari paras bahu anda dan cuba jangan
memotong menggunakan bahagian hujung
papan. Jangan guna gergaji rantai dengan
sebelah tangan! (63)
5
Anda mesti berdiri kemas supaya dapat mengawal
gergaji rantai sepenuhnya. Jangan bekerja sambil
berdiri di atas tangga, pokok atau di tempat yang tidak
kukuh. (64)
6
Pastikan anda memotong dengan kelajuan tinggi,
iaitu kelajuan penuh.
7
Berjaga-jaga apabila memotong dengan
menggunakan bahagian atas papan iaitu memotong
sebelah bawah objek. Potongan ini dikenali sebagai
strok menolak. Rantai menolak gergaji rantai ke
belakang ke arah pengguna. Jika rantai tersekat,
gergaji rantai boleh tercampak ke belakang ke arah
anda. (65)
8
Jika pengguna tidak menahan tolakan ini terdapat
kemungkinan gergaji rantai terdorong jauh ke
belakang dan hanya zon lantunan yang tersentuh
pokok, dan ini mengakibatkan lantunan. (66)
Memotong dengan menggunakan bahagian bawah
papan, bermula dari atas ke bawah objek dikenali
sebagai strok menarik. Dalam kes ini gergaji rantai
ditarik ke pokok dan bahagian hadapan hujung gergaji
rantai menjadi penahan semasa memotong.
Pemotongan cara ini membolehkan anda mengawal
gergaji rantai serta posisi zon lantunan dengan lebih
baik. (67)
9
Ikuti arahan mengasah dan penyenggaraan papan
dan rantai. Apabila menukar papan dan rantai,
pastikan kombinasinya betul seperti yang disyorkan.
Lihat arahan di bawah tajuk Kelengkapan Memotong
dan Data teknikal.
1155355-94 Rev.5 2015-03-02
TEKNIK BEKERJA
Teknik asas memotong
Am
Selalu gunakan pecutan penuh semasa memotong!
Kurangkan kelajuan ke idel selepas setiap kali
memotong (membiarkan pecutan enjin yang penuh
tanpa beban bagi jangkamasa yang lama boleh
merosakkan enjin).
Memotong dari atas = Memotong dengan strok
menarik.
Memotong dari bawah = Memotong dengan strok
menolak.
Memotong dengan stok menolak menambahkan risiko
lantunan. Lihat arahan di bawah tajuk Bagaimana
mengelakkan lantunan.
Istilah
Memotong = Perkataan am bagi memotong kayu.
Memotong ranting dan dahan = Memotong ranting dan
dahan pokok yang telah di tebang.
Retak dan pecah = Objek yang anda potong retak dan
pecah sebelum anda sempat habis memotong.
Ada lima faktor penting yang perlu dipertimbangkan
sebelum anda memotong:
1
Memastikan kelengkapan memotong tidak akan
tersepit atau tersekat sewaktu memotong. (68)
2
Memastikan objek yang anda potong tidak akan retak
dan pecah. (69)
3
Memastikan rantai tidak akan mencecah tanah atau
objek lain semasa atau selepas memotong. (70)
4
Adakah terdapat risiko lantunan? (4)
5
Adakah suasana dan keadaan sekitar mengancam
keselamatan anda bekerja?
Dua faktor menentukan sama ada rantai akan tersekat
atau kayu akan retak dan pecah. Pertama bagaimana
kayu disokong dan kedua sama ada ia dalam keadaan
tegang.
Hampir bagi kesemua keadaan, anda boleh mengelakkan
masalah ini dengan membuat dua peringkat potongan;
dari atas dan dari bawah kayu. Anda perlu menyokong
kayu tersebut supaya ia tidak memerangkap rantai atau
pecah semasa memotong.
AMARAN! Jangan sekali-kali
!
menggunakan gergaji rantai dengan
memegang dengan sebelah tangan.
Gergaji rantai tidak dapat dikawal
dengan selamat bila memegang dengan
sebelah tangan. Sentiasa menggenggam
pemegang dengan erat dan teguh
menggunakan kedua-dua tangan.
Malaysian
49

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

440 ii440e ii435e ii

Table of Contents