Teknik Bekerja; Sebelum Digunakan; Arahan Kerja Am - Husqvarna 435 II Operator's Manual

Hide thumbs Also See for 435 II:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Sebelum digunakan: (61)

1
Periksa untuk memastikan brek rantai berfungsi
dengan baik dan tidak rosak.
2
Periksa untuk memastikan pelindung tangan kanan
tidak rosak.
3
Periksa untuk memastikan kunci pendikit berfungsi
dengan betul dan tidak rosak.
4
Periksa sama ada suis mematikan enjin berfungsi
dengan baik dan tidak rosak.
5
Periksa untuk memastikan tiada minyak pada semua
pemegang.
6
Periksa untuk memastikan sistem anti getaran
berfungsi dan tidak rosak.
7
Periksa untuk memastikan peredam bunyi terpasang
dengan kuat dan tidak rosak.
8
Periksa untuk memastikan semua bahagian gergaji
rantai diketatkan dengan betul dan tidak rosak atau
hilang.
9
Periksa untuk memastikan perangkap rantai berada
pada tempatnya dan tidak rosak.
10 Periksa ketegangan rantai.

Arahan kerja am

PENTING!
Bahagian ini menerangkan peraturan-peraturan
keselamatan asas untuk penggunaan gergaji rantai.
Maklumat ini bukannya pengganti kepada kemahiran
profesional dan pengalaman. Jika anda menghadapi
situasi di mana anda terasa tidak selamat, berhentikan
kerja dan dapatkan nasihat pakar. Hubungi pengedar
gergaji rantai anda, ejen servis atau pengguna gergaji
rantai berpengalaman. Jangan cuba membuat
sebarang kerja jika anda tidak pasti atau yakin!
Sebelum menggunakan gergaji rantai, anda mesti
faham kesan lantunan dan bagaimana
mengelakkannya. Lihat arahan di bawah tajuk
Bagaimana mengelakkan lantunan.
Sebelum menggunakan gergaji rantai, pastikan anda
faham perbezaan memotong di bahagian atas dan
bawah papan. Lihat arahan di bawah tajuk Bagaimana
hendak mengelakkan lantunan dan Kelengkapan
keselamatan mesin.
Guna kelengkapan pelindung peribadi. Lihat arahan di
bawah tajuk Kelengkapan pelindung peribadi.
Peraturan keselamatan asas
1
Perhatikan sekeliling anda:
Pastikan tiada orang, haiwan atau objek lain yang
mungkin mengganggu kawalan anda terhadap mesin.
Pastikan yang tesebut di atas tidak mendekati gergaji
anda atau boleh dicederakan oleh pokok tumbang.
AWAS! Ikuti peraturan-peraturan di atas, tetapi jangan
gunakan gergaji rantai jika anda berada jauh dari tempat
48 – Malaysian

TEKNIK BEKERJA

untuk mendapatkan pertolongan jika berlaku
kemalangan.
2
Jangan gunakan gergaji dalam keadaan cuaca buruk
seperti kabus tebal, hujan lebat, angin kencang,
teramat sejuk dan sebagainya. Bekerja dalam cuaca
sejuk amat meletihkan dan sering menbawa risiko
tambahan seperti tanah licin, arah tumbang tidak
menentu dan lain-lain.
3
Berhati-hati apabila membuang dahan-dahan kecil
dan elakkan dari memotong rumpun ranting. Ranting
kecil mudah terkait kepada rantai yang boleh
melantun dan mencederakan anda.
4
Periksa dan pastikan persekitaran anda bebas dari
halangan (akar, batu, dahan-dahan, parit dan lain-
lain) jika anda terpaksa beredar dengan mengejut.
Berhati-hati apabila memotong di kawasan curam.
5
Berhati-hati apabila memotong pokok yang tegang.
Pokok yang dalam keadaan tegang boleh melantun
balik ke kedudukan asalnya sebelum atau selepas
dipotong. Jika anda berada di kedudukan yang salah
atau memotong di tempat yang salah, pokok itu boleh
terkena anda atau mesin dan menyebabkan anda
hilang kawalan. Kedua-dua situasi ini boleh
menyebabkan kecederaan serius.
6
Sebelum mengalihkan gergaji rantai anda, matikan
enjin dan kunci rantai menggunakan brek rantai.
Angkat gergaji dengan mata menghadap ke
belakang. Sarungkan pelindung mata gergaji
sebelum membawa gergaji rantai ke mana-mana.
7
Bila anda meletakkan gergaji rantai di atas tanah,
kunci rantai gergaji menggunakan brek rantai dan
pastikan anda sentiasa boleh melihat mesin itu.
Matikan enjin sebelum meninggalkan gergaji rantai
anda walaupun untuk sebentar.
Peraturan-peraturan am
1
Jika anda faham apa itu lantunan dan bagaimana ia
berlaku, maka anda boleh mengurangkan elemen
terkejut. Biasanya lantunan agak perlahan, akan
tetapi kadang-kala ianya boleh berlaku dengan
mengejut dan kuat.
2
Pastikan anda memegang gergaji rantai dengan erat
menggunakan tangan kanan di pemegang belakang
dan tangan kiri di pemegang hadapan. Genggam
pemegang dengan jari-jari anda. Pegang cara ini tidak
kira sama ada anda kidal atau tidak. Pegangan cara
ini boleh mengurangkan lantunan dan gergaji boleh
dikawal dengan baik. Jangan lepaskan genggaman
anda!
AMARAN! Kadangkala serpihan tersekat
!
di bahagian penutup cekam
menyebabkan rantai tidak dapat
berfungsi. Sentiasa hentikan enjin
sebelum membersihkan.
1155355-94 Rev.5 2015-03-02

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

440 ii440e ii435e ii

Table of Contents