Langkah-Langkah Keselamatan Am; Sebelum Menggunakan Gergaji Rantai Baru - Husqvarna 435 II Operator's Manual

Hide thumbs Also See for 435 II:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN AM

Sebelum menggunakan gergaji
rantai baru
Baca semua arahan dengan teliti
(1) - (117) rujuk pada rajah di ms. 2-6.
Pastikan kelengkapan memotong telah dipasang
dengan betul dan dilaras. Lihat arahan di bawah tajuk
Pemasangan.
Isi bahan bakar dan hidupkan gergaji rantai. Lihat
arahan di bawah tajuk Pengendalian bahan bakar,
Menghidupkan dan mematikan enjin.
Jangan gunakan gergaji rantai jika rantainya masih
belum dilincirkan dengan sempurna. Lihat arahan di
bawah tajuk Kelengkapan memotong.
Terdedah kepada bunyi bising untuk tempoh yang
lama boleh menyebabkan kecacatan pendengaran
kekal. Oleh itu, sentiasa gunakan pelindungan
pendengaran yang diluluskan.
AMARAN! Anda ditegah membuat
!
sebarang ubahsuai kepada mesin tanpa
kebenaran pembuat. Sentiasa gunakan
aksesori tulen. Pengubahsuaian tanpa
kebenaran dan/atau aksesori boleh
mengakibatkan kecederaan atau maut.
AMARAN! Gergaji rantai adalah alat yang
!
berbahaya jika cuai atau disalahgunakan
dan ia akan mengakibatkan kecederaan
serius atau maut. Adalah penting anda
membaca dan memahami kandungan
arahan pengguna ini.
AMARAN! Bahagian dalam peredam
!
bunyi mengandungi kimia yang mungkin
menyebabkan kanser. Sekiranya
peredam bunyi rosak, elakkan tersentuh
ketiga-tiga elemen ini.
AMARAN! Penyedutan asap ekzos enjin,
!
wap minyak rantai dan habuk kayu untuk
tempoh yang panjang boleh
mendatangkan risiko kesihatan.
AMARAN! Mesin ini menghasilkan
!
medan elektromagnet semasa operasi.
Dalam keadaan tertentu, medan ini
mungkin mengganggu bahan implan
perubatan yang aktif atau pasif. Untuk
mengurangkan risiko kecederaan yang
serius atau membawa maut, kami
menyarankan agar individu yang
menggunakan bahan implan perubatan
berbincang dengan pakar perubatan
mereka dan pengeluar bahan implan
perubatan itu sebelum mengendalikan
mesin ini.
1155355-94 Rev.5 2015-03-02
AMARAN! Jangan biarkan kanak-kanak
!
menggunakannya atau berada
berhampiran dengan mesin.
Memandangkan mesin dilengkapi
dengan suis berhenti berpegas dan
boleh dihidupkan dengan sedikit
kelajuan dan kekuatan, kanak-kanak
kecil sekalipun dalam keadaan tertentu
boleh menghasilkan kekuatan yang
cukup untuk menghidupkan mesin. Ini
boleh mendatangkan risiko kecederaan
yang serius terhadap tubuh. Justeru itu,
tanggalkan penutup palam pencucuh
apabila mesin dibiarkan tanpa dijaga.
Malaysian
35

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

440 ii440e ii435e ii

Table of Contents